Dengar playlist penuh di sini
.

Setiap kali Hari Guru, mesti ramai murid dan ibu bapa pening fikir nak hadiah apa untuk cikgu. Nak bagi sesuatu yang comel, cantik dan nampak special. Niat tu memang baik dan cikgu pun sangat menghargai setiap pemberian.
Tapi kalau nak tahu realitinya… ada beberapa hadiah yang cikgu sebenarnya dah terlalu banyak simpan sampai almari penuh. Sayang nak buang tapi nak guna pun entah bila.
Jom tengok senarai hadiah Hari Guru yang nampak sweet… tapi akhirnya jadi penghuni tetap laci dan almari.
Ini memang kategori paling legend.
Setiap tahun mesti ada cawan dengan tulisan:
“Teacher’s Favourite”
“Best Teacher Ever”
atau gambar bunga penuh glitter.
Masalahnya… cikgu dah ada terlalu banyak mug.
Dekat sekolah ada. Dekat rumah ada. Dalam almari pun dah bertingkat-tingkat. Hakikatnya, cikgu biasanya guna satu dua cawan favourite saja. Yang lain? Simpan sebab sayang nak buang.
Memang comel. Ada nama cikgu lagi.
Tapi… tak praktikal sangat sebenarnya.
Lama-lama masuk laci. Kadang terus lupa pernah dapat. Bukan sebab tak hargai, cuma terlalu banyak benda kecil macam ni terkumpul setiap tahun.
Yang ini memang penuh effort dan kreatif. Cikgu mesti terharu tengok hasil tangan murid.
Tapi satu masalah besar…
Makan ruang.
Meja cikgu dah penuh dengan fail, buku latihan, alat tulis dan macam-macam barang kerja. Bila frame terlalu besar atau terlalu banyak hiasan, akhirnya terpaksa disimpan juga.
Sweet memang sweet.
Lagi-lagi kalau murid kecil yang bagi. Memang cair hati cikgu.
Tapi secara jujurnya, soft toy bukan keperluan harian cikgu. Nak buang rasa bersalah, jadi simpan saja dalam stor atau atas almari sampai berhabuk.
Masa bagi memang nampak grand.
Besar, cantik, penuh ribbon dan glitter. Bergambar memang lawa.
Tapi lepas beberapa minggu… mula jadi tempat kumpul habuk. Nak guna pun tak tahu nak letak mana. Nak buang rasa tak sampai hati sebab hadiah murid.
Akhirnya… simpan juga.
Sebenarnya cikgu paling menghargai hadiah yang simple tapi praktikal. Tak perlu mahal pun.
Kari, kunyit, gula, garam, cukup rasa, pes ibu sambal..
Nampak lawak? Tapi confirm guna.
Cikgu pun manusia biasa yang balik rumah kena masak juga. Barang dapur ni memang survival kit sebenar.
Tisu, plaster, sanitizer, wet tissue, ubat kecil.
Nampak kecil tapi sangat berguna. Lagi-lagi waktu kecemasan di sekolah atau masa travel.
Ini memang tools wajib cikgu.
Hari-hari guna. Hari-hari habis dakwat. Lagi banyak dapat, lagi bahagia sebenarnya.
Murah pun tak apa.
Sebab pen memang sentiasa digunakan dan sentiasa hilang. Ini hadiah paling basic… tapi paling realistik.
Untuk cikgu perempuan, ini memang underrated tapi berguna gila.
Kecil, murah tapi selalu hilang. Bila dapat memang pakai hari-hari.
Hakikatnya, cikgu bukan pandang mahal atau tidak hadiah itu. Yang penting ialah ingatan dan penghargaan daripada murid.
Tapi kalau nak hadiah anda betul-betul digunakan setiap hari dan bukan sekadar jadi koleksi almari… pilihlah benda yang praktikal.
Confirm cikgu senyum lagi lebar
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.