Dengar playlist penuh di sini
.

Sekarang ni istilah green flag dah makin popular. Orang guna untuk gambarkan seseorang yang matang, baik hati, bertanggungjawab dan menyenangkan orang sekeliling. Kalau red flag, haa… semua orang pun dah faham.
Tapi bila cakap pasal anak-anak, sebenarnya ramai ibu bapa terlupa satu benda penting.
Anak tak terus jadi “green forest hutan amazon” secara automatik.
Cara kita membesarkan mereka sangat mempengaruhi perangai, cara berfikir dan bagaimana mereka melayan orang lain bila dewasa nanti.
Jadi macam mana nak besarkan anak yang membesar jadi manusia yang menyenangkan, bukan yang orang pening nak hadap?
Kalau setiap hari anak hanya dengar marah, herdik dan tengking, lama-lama mereka belajar satu benda…
“Bila marah, kita lepaskan pada orang.”
Anak yang dibesarkan dalam suasana terlalu kasar kadang membesar jadi cepat melenting atau terlalu takut bersuara.
Tegur tetap perlu. Disiplin memang penting. Tapi ajar juga cara bercakap dengan hormat dan tenang.
Sebab anak belajar lebih banyak dari cara kita bercakap… bukan ceramah kita.
Ramai ibu bapa suruh anak minta maaf bila buat salah.
Bagus.
Tapi anak juga perlu nampak ibu bapa minta maaf bila silap.
Kalau mak ayah pun ego nak mengaku salah, jangan pelik kalau anak besar nanti susah terima teguran.
Anak yang green flag biasanya datang daripada rumah yang normalisasi komunikasi sihat, bukan rumah yang semua kena pendam.
Kadang kita terlalu obses nak anak jadi nombor satu.
Kalah sikit terus marah.
Padahal hidup sebenar penuh dengan penolakan, kegagalan dan kecewa.
Anak perlu belajar bahawa kalah bukan bermaksud tak berguna. Dari situlah mereka belajar empati, sabar dan hormat orang lain.
Kalau dari kecil asyik diajar “kau mesti menang”, besar nanti silap-silap jadi manusia yang tak boleh terima orang lain lebih baik daripada dia.
Ya, kerja rumah.
Basuh pinggan sikit. Lipat baju sendiri. Kemas katil. Buang sampah.
Benda nampak kecil, tapi di situlah anak belajar tanggungjawab dan kesedaran bahawa dunia tak berputar di sekeliling dia sahaja.
Anak yang terlalu dimanjakan kadang membesar jadi manusia yang expect semua orang layan dia macam raja.
Ini cabaran terbesar zaman sekarang.
Kadang satu rumah semua pegang telefon. Anak dalam dunia sendiri, mak ayah pun sama.
Lama-lama hubungan jadi kosong walaupun duduk sebelah-sebelah.
Nak anak jadi lembut hati, pandai berkomunikasi dan ada empati? Mereka perlu dibesarkan dengan perbualan sebenar, bukan sekadar skrin.
Borak waktu makan. Tanya pasal hari mereka. Dengar cerita walaupun nampak remeh.
Kadang-kadang “green flag” bermula dari rumah yang anak rasa selamat untuk bercakap.
Anak yang cukup kasih sayang biasanya tak terlalu dahagakan perhatian luar.
Peluk mereka. Puji usaha mereka. Cakap “I love you”. Raikan perkara kecil.
Sebab bila hati anak penuh dengan kasih sayang yang sihat, mereka lebih mudah membesar jadi manusia yang baik untuk orang lain.
Hakikatnya, dunia hari ini dah cukup penuh dengan manusia yang suka melukakan orang lain.
Jadi kalau kita berjaya besarkan anak yang baik hati, tahu hormat orang, bertanggungjawab dan ada empati…
Itu bukan sekadar green flag.
Itu dah level hutan Amazon.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.