Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Baru Kenal Sehari, Berakhir Dengan Tragedi 61 Tikaman

Kes kematian 61 tikaman memberi peringatan besar tentang bahaya terlalu mudah mempercayai individu yang baru dikenali di alam maya.

Kes tragis yang menggemparkan negara baru-baru ini bukan sekadar mengundang rasa sedih tetapi turut menimbulkan banyak persoalan.

Bagaimana seseorang yang baru dikenali sehari boleh terlibat dalam insiden seburuk ini?

Menurut perkongsian yang dipaparkan menerusi portal-portal berita mengenai kes tersebut, suspek dan mangsa dipercayai baru sahaja berkenalan melalui aplikasi sosial.

Tempohnya bukan berminggu atau berbulan.

Hanya sekitar sehari.

Pada siang hari sebelum kejadian, mangsa dilaporkan keluar makan tengah hari bersama seorang lagi lelaki sebelum pulang semula ke kondominium.

Pada sebelah malam pula, sekitar jam 8 malam, mangsa keluar bersama suspek utama.

Mereka dipercayai keluar makan sebelum suspek menghantar mangsa pulang.

Namun di pertengahan perjalanan, suspek dipercayai singgah ke rumah terlebih dahulu untuk mengambil sesuatu yang kemudian dipercayai merupakan sebilah pisau.

Tidak lama kemudian, berlaku pertengkaran di dalam kereta.

Apa yang berlaku selepas itu jauh lebih mengerikan.

Mangsa dipercayai ditikam berulang kali sehingga puluhan tikaman di seluruh badan.

Difahamkan mangsa cuba menyelamatkan diri dengan membuka pintu kereta sebelum terjatuh di lokasi kejadian.

Suspek kemudian melarikan diri selepas menyedari kehadiran kenderaan lain.

Apa yang lebih mengejutkan, siasatan turut mendapati suspek dipercayai mencuci kesan darah pada kenderaan beberapa kali dan membuang barang peribadi mangsa bagi menghilangkan bukti.

Kes ini bukan sekadar kisah jenayah.

Ia datang bersama satu peringatan besar.

Kita Tak Kenal Siapa Sebenarnya Di Sebalik Skrin

Di media sosial atau aplikasi mencari kenalan, seseorang boleh kelihatan baik, sopan dan meyakinkan.

Tetapi hakikatnya kita hanya mengenali apa yang mereka pilih untuk tunjukkan.

Latar belakang sebenar, emosi, sejarah hidup dan perangai sebenar seseorang mungkin langsung kita tidak tahu.

Sebab itu polis turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu mudah mempercayai individu yang baru dikenali, terutama melalui aplikasi sosial.

Mak Ayah Jangan Lepas Pandang Telefon Anak

Satu lagi perkara yang turut mendapat perhatian ialah pengaruh kandungan dalam telefon dan media sosial.

Dunia digital hari ini terlalu luas.

Apa yang ditonton, apa yang disimpan dan apa yang dilihat setiap hari sedikit demi sedikit boleh mempengaruhi cara seseorang berfikir.

Sebab itu ibu bapa hari ini bukan sekadar perlu tahu anak pegang telefon.

Tetapi perlu tahu apa yang sebenarnya ada dalam telefon tersebut.

Bukan untuk mengongkong.

Tetapi untuk melindungi.

Kerana kadang-kadang, bahaya bukan datang daripada orang asing yang kita nampak.

Tetapi daripada perkara yang masuk perlahan-lahan ke dalam kehidupan tanpa kita sedar.

Jadi tolong awasi penggunaan telefon dan aktiviti anak anda.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.