Dengar playlist penuh di sini
.
Satu perkataan yang paling tepat untuk gambarkan lelaki yang naik tangan dekat perempuan: PENGECUT.
Tak kisahlah apa pun alasan yang diberi tengah marah ke terlepas geram, perempuan tu cabar ego atau kononnya terkhilaf…sekali tangan tu hinggap dekat muka atau badan seorang wanita, korang dah hilang seluruh maruah sebagai seorang lelaki.
Mari kita spill habis-habisan dan rungkai psikologi serta jenis manusia macam mana sebenarnya ‘jantan’ yang suka pukul perempuan ni.
Lelaki yang pukul perempuan sebenarnya adalah golongan yang paling lemah. Mereka tak ada kekuatan mental atau emosi untuk mengendalikan konflik. Bila mereka kalah dalam berhujah atau bila ego mereka tercalar sedikit, mereka akan gunakan kekuatan fizikal sebagai jalan pintas untuk menang. Ini bukan tanda dominan atau ‘jantan’, ini adalah tanda mereka tidak matang dan tidak mampu mengawal diri sendiri.
Satu perangai tipikal lelaki kaki pukul ialah mereka sangat pandai memanipulasi keadaan. Lepas pukul, mereka akan melutut menangis, minta maaf, belikan hadiah dan berjanji takkan buat lagi.
Lebih jijik, mereka akan pusing cerita dan buatkan mangsa rasa bersalah:
“I takkan pukul kalau you tak bising,” atau “You yang buat I hilang sabar.”
Jangan tertipu. Ini adalah taktik kotor untuk buatkan wanita rasa mereka yang layak dipukul, sekaligus mengikat mangsa supaya terus kekal dalam kitaran toksik tersebut.
Kenapa kita gelarkan mereka pengecut? Sebab mereka hanya berani angkat tangan pada orang yang mereka tahu tak mampu nak lawan balik. Cuba bawa lelaki jenis ini ke gelanggang tinju atau suruh mereka gaduh dengan lelaki yang sama saiz? Mereka akan kecut perut. Mereka membuli wanita sebab mereka tahu secara fizikal, wanita lebih lemah. Itu bukan definisi seorang pelindung, itu adalah definisi seorang pembuli yang penakut!
Satu fakta pahit yang semua wanita kena hadam adalah..sekali dia pukul, dia akan pukul lagi.
Jangan pernah percaya pada air mata buaya jantan kaki pukul. Tolong buang pemikiran kononnya “I boleh ubah dia dengan kasih sayang I.” Kaki pukul takkan berubah dengan cinta. Mereka perlukan bantuan pakar psikiatri atau sel penjara untuk sedar. Sifat baran dan abusive ini adalah penyakit dalam jiwa mereka.
Kepada mana-mana wanita di luar sana, tolong buka mata. Lelaki yang sayangkan korang takkan sesekali tergamak nak tengok korang lebam, menangis ketakutan atau sakit fizikal disebabkan tangan dia. Tugas lelaki adalah untuk melindungi, memberi rasa selamat dan memuliakan wanita bukan menjadi punca trauma seumur hidup.
Kalau pasangan korang dah mula tunjuk tanda-tanda naik tangan, angkat kaki dan jalan terus. Jangan beri peluang kedua, ketiga, atau kesepuluh. Korang terlalu berharga untuk dijadikan tempat melempar amarah oleh seorang lelaki pengecut yang tak sedar diri. Angkat barang, buat laporan polis dan selamatkan maruah serta nyawa korang!

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.