Dengar playlist penuh di sini
.

Korang pernah tak rasa berus gigi seakan ‘semacam’? Atau jerawat dekat muka tak nak hilang-hilang walaupun dah habis beratus ringgit beli skincare? Serum dah pakai, toner dah sapu, moisturizer dah ratakan sampai licin. Tapi muka masih buat hal.
Sebelum salahkan hormon atau cuaca, cuba jawab satu soalan mudah.
Masa flush tandas tadi, korang tutup penutup dia tak?
Kalau jawapan dia “errr… tak”, tahniah. Korang mungkin baru je bagi peluang kepada tetamu tak diundang untuk buat lawatan percuma sekitar bilik air.
Fenomena ni sebenarnya dipanggil Toilet Plume.
Bunyi macam nama kumpulan indie dari luar negara, tapi sebenarnya tak. Toilet plume berlaku apabila tandas diflush dalam keadaan penutup terbuka. Air yang berpusing dengan laju tu akan menghasilkan titisan mikroskopik yang melayang ke udara.
Bahasa mudahnya?
Jamban korang sedang ‘bersin’.
Dan bersin dia bukan biasa-biasa. Kajian menunjukkan titisan halus ni boleh tersebar sehingga sekitar 2 meter dari mangkuk tandas. Dalam titisan tu pula boleh terkandung pelbagai bakteria termasuk E. coli dan sisa-sisa yang kita sendiri tak sanggup nak fikir lama-lama.
Masa kecil dulu mak selalu pesan,
“Tutup penutup jamban dulu sebelum flush.”
Kita pula jawab,
“Alaa… relax ar mak. Tak ada apa pun. Sihat walafiat, cantik je sampai sekarang.”
Rupanya mak bukan membebel suka-suka.
Mak sedang cuba menyelamatkan berus gigi kita.
Bayangkan. Korang flush tandas tanpa tutup penutup. Kemudian titisan halus yang tak nampak dengan mata kasar tu terbang merata-rata. Ada yang mendarat atas berus gigi. Ada yang singgah dekat tuala muka dan tisu. Ada yang berehat atas botol serum mahal yang korang sayang sangat tu.
Lepas beberapa jam, korang datang semula ke bilik air dan terus gosok gigi macam biasa.
Berus gigi tu pula dah jadi macam lapangan terbang untuk bakteria.
Euuuuwwww.
Yang lagi menarik, bakteria tertentu boleh hidup selama berhari-hari pada permukaan yang mereka hinggapi. Jadi walaupun korang dah keluar bilik air dan sambung hidup seperti biasa, ‘hadiah’ daripada flush terbuka tadi masih ada menunggu.
Sebab tu selepas ni, amalkan satu tabiat yang sangat mudah.
Tutup penutup tandas dulu. Lepas tu baru flush.
Tak sampai dua saat pun.
Mungkin nampak remeh tapi sekurang-kurangnya berus gigi korang tak perlu menjalani kehidupan yang penuh cabaran dan penderitaan.
Jadi selepas membaca ni, kalau nampak ada ahli keluarga yang masih mengamalkan teknik flush-and-run, tegur elok-elok.
Bukan sebab cerewet.
Cuma kita semua sedang berusaha menyelamatkan berus gigi daripada ‘hujan’ misteri yang datang dari arah jamban. (penulis cuba untuk tahan muntah ketika artikel ini ditulis)
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.