Dengar playlist penuh di sini
.

Bila seorang kanak-kanak lambat bercakap berbanding rakan sebaya, ramai ibu bapa akan terus dipersalahkan …”kurang bercakap dengan anak lah tu kot”, “asyik bagi tonton gadget je”. Padahal, kelewatan pertuturan atau speech delay pada anak-anak selalunya bukan berpunca daripada kelalaian didikan.
Apa Itu Speech Delay?
Speech delay berlaku apabila perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak lebih perlahan berbanding tahap yang dijangka mengikut usia. Ia boleh disebabkan oleh faktor seperti masalah pendengaran, gangguan perkembangan saraf seperti autisme, faktor neurologi atau genetik bukan kerana ibu bapa “tak reti didik”.
Kenapa Ramai Masih Pandang Rendah?
Kesedaran tentang isu ini masih rendah dalam masyarakat kita. Ramai yang cepat melabel kanak-kanak ini sebagai “lembap” atau “kurang pandai”, sedangkan kelewatan pertuturan tiada kaitan dengan tahap kecerdasan anak tersebut. Sikap ini bukan sahaja menyakitkan hati ibu bapa malah turut memberi kesan kepada keyakinan diri anak itu sendiri.
Boleh Diatasi Dengan Pengesanan Awal
Berita baiknya, speech delay pada anak-anak boleh diatasi, terutamanya jika dikesan awal. Antara langkah penting:
Semakin awal dikesan, semakin besar peluang anak untuk catch up dengan perkembangan bahasa yang sepatutnya.
Albert Einstein Pun Dulu Speech Delay
Siapa tak kenal Albert Einstein, saintis paling genius yang pernah wujud, pencipta Teori Relativiti yang mengubah cara dunia memahami alam semesta. Tapi ramai tak tahu, semasa kecil dahulu, Einstein dikatakan tidak bercakap dengan lancar sehinggalah usia tiga atau empat tahun. Perkara ini begitu tersebar luas sehingga istilah “Einstein Syndrome” turut digunakan untuk menggambarkan kanak-kanak yang lewat bercakap tetapi kemudiannya membesar menjadi individu yang amat bijak.
Kisah Einstein ni mengingatkan kita tentang lambat bercakap pada usia kecil tidak pernah menentukan had kebolehan seseorang anak pada masa hadapan. Dengan sokongan dan bimbingan yang betul, ruang untuk anak berkembang dan cemerlang tetap terbuka luas sama seperti Einstein.
Pesanan Untuk Ibu Bapa
Jangan biarkan stigma masyarakat buat kita rasa bersalah atau malu. Sebaliknya, fokus kepada sokongan yang betul untuk anak. Speech delay bukan kegagalan tapi ia satu cabaran yang boleh dilalui bersama dengan kesabaran dan bantuan yang sewajarnya.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.