Dengar playlist penuh di sini
.
Korang dah tengok video gajah jalan seorang diri kat Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli tu belum? Kalau belum, kena cerita ni sikit sebab memang ramai yang sedih tengok.
Gajah tu dipercayai bernama Sulong. Sulong ni sebelum ni dipindahkan dari kawasan Chalil, Gua Musang, ke hutan di Gerik dalam operasi translokasi yang dijalankan oleh Perhilitan. Maksudnya dia bukan gajah biasa yang tiba-tiba muncul kat jalan raya, tapi memang gajah yang sengaja dipindah jauh dari kawasan asal dia sebab isu konflik dengan manusia kat situ. Katanya Sulong mengganggu tanaman orang kampung.
Yang buat ramai orang sebak, dalam video yang tular tu, Sulong dilihat berjalan perlahan seorang diri di bahu jalan, termasuk waktu malam, dan kaki kanan dia macam mengalami kecederaan. Walaupun jalan dia perlahan dan nampak sakit, dia still teruskan perjalanan. Bayangkan, seekor gajah berjalan sorang-sorang, malam-malam, kaki luka, tapi still push through. Ramai netizen kata macam dia tengah cuba cari jalan balik ke Gua Musang, tempat asal dia.
Kat thread pulak, ramai yang share update pasal Sulong ni. Ada yang cakap dia dah sampai dekat kawasan Jeli, ada yang confirm nampak sendiri kaki dia still berdarah bila lalu kawasan Gerik. Yang paling menyentuh hati, ramai netizen doa supaya Sulong selamat sampai ke Gua Musang dan luka dia dapat dirawat secepat mungkin. Tapi ada jugak yang kecewa sebab rasa macam pihak berkuasa lambat bertindak, sedangkan gajah tu dah lama berjalan sorang diri dengan kaki luka. Riak wajahnya nampak sayu.
Ada satu komen dalam thread tu yang power gila, dia cakap manusia yang selalu ceroboh habitat gajah, tapi bila gajah masuk kampung, manusia pulak yang salahkan gajah. Sedih kan bila fikir balik, sebenarnya bukan gajah yang rosakkan hutan, tapi kita.
Sampai sekarang, Perhilitan sendiri belum sahkan seratus peratus yang gajah dalam video tu memang betul-betul Sulong, termasuk sebab kecederaan dia dan lokasi terkini dia sekarang. Tapi kalau betul pun dia Sulong, perjalanan balik ni jadi satu kisah yang buat ramai orang terharu, sebab dia macam tahu je mana rumah dia walaupun dah dipindah jauh.
Harap sangat cerita Sulong ni ada ending yang baik. Semoga dia selamat sampai, dan pihak berkuasa dapat bantu rawat kaki dia secepat mungkin. Kalau korang jumpa update terbaru pasal Sulong, share la kat komen.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.