Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

Trend Tak Pakai Bra Makin Popular, Akak Ok Tak Ok?

Kajian perubatan sebenarnya tak jumpa bukti kukuh yang cakap pemakaian bra ni boleh elakkan payudara daripada kendur atau londeh.

Fenomena tak pakai bra ni dah macam jadi normal kebelakangan ni, bukan saja di negara barat tapi dah mula meresap masuk dalam kalangan wanita Malaysia jugak. Kalau dulu kita rasa pelik tengok orang keluar rumah tanpa bra, sekarang dah jadi satu trend yang ramai perempuan pilih, especially golongan muda yang lebih terbuka dengan isu keselesaan dan kebebasan badan sendiri.

Sebenarnya trend “no bra” ni bukan benda baru sangat, ia dah lama wujud di barat sejak zaman feminist movement 1960-70an lagi, di mana ramai wanita nak reject standard kecantikan yang mereka rasa dipaksa oleh masyarakat. Sekarang dengan influence media sosial dan selebriti antarabangsa yang terang-terangan promote body positivity, trend ni jadi semakin normalize dan sampai ke rantau Asia termasuklah Malaysia.

Nah, pasal isu londeh yang ramai risau tu, sebenarnya dari segi sains ia tak semudah yang kita sangka. Kajian perubatan sebenarnya tak jumpa bukti kukuh yang cakap pemakaian bra ni boleh elakkan payudara daripada kendur atau londeh. Faktor utama yang lebih mempengaruhi bentuk payudara seiring usia adalah genetik, saiz payudara, penurunan berat badan drastik, kehamilan dan penyusuan, serta proses semulajadi penuaan kulit itu sendiri. Jadi bra ni fungsi dia lebih kepada selesa, sokongan semasa aktiviti fizikal, dan pilihan fesyen, bukan alat yang boleh “cegah” gravity buat selama-lamanya.

Di sisi lain, ramai juga yang masih rasa tak selesa dengan trend ni sebab nilai budaya dan agama di Malaysia yang lebih conservative berbanding barat. Bagi sesetengah orang, isu ni bukan sekadar pasal kesihatan atau keselesaan je, tapi lebih kepada nilai kesopanan dan adab berpakaian yang dipegang dalam masyarakat kita. So memang ada clash antara dua fahaman ni, satu pihak nak defend hak badan sendiri, satu pihak lagi rasa perlu jaga batas dan budaya tempatan.

Pada akhirnya, isu pakai bra atau tidak ni memang subjektif dan personal choice setiap individu. Yang penting kita saling hormat pandangan masing-masing tanpa terus judge orang lain berdasarkan apa yang dia pakai. Kalau korang sendiri, team pakai bra ke team lebih selesa tanpa bra?

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.