Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Dah Berapa Lama Anda Tak Pijak Rumput Atau Pasir Di Pantai?

Bila kulit kita sentuh terus tanah, dipercayai badan dapat serap elektron negatif dari bumi yang membantu neutralkan radikal bebas berlebihan.

Grounding ni sebenarnya konsep yang simple je, tapi kesan dia pada tubuh kita rupanya besar. Idea asas dia, kita sentuh terus bumi dengan kulit, contohnya jalan berkaki ayam atas rumput, pasir pantai, atau tanah, supaya badan kita terhubung balik dengan tenaga bumi. Zaman sekarang kita selalu pakai kasut, duduk dalam bangunan, jauh dari tanah sepanjang hari, sampai kita tak sedar badan kita sebenarnya rindu sentuhan semula jadi ni.

Antara kebaikan yang ramai kongsi lepas cuba grounding, tidur jadi lebih lena. Ramai kata lepas jalan kaki atas rumput sekejap petang, malam tu tidur rasa lebih tenang, tak asyik terjaga tengah malam. Ada pulak yang rasa stress dan tension harian jadi kurang, macam badan dapat reset semula lepas duduk dekat dengan alam sekejap.

Selain tu, grounding juga dikaitkan dengan penurunan tahap keradangan dalam badan. Bila kulit kita sentuh terus tanah, dipercayai badan dapat serap elektron negatif dari bumi yang membantu neutralkan radikal bebas berlebihan. Radikal bebas ni sebenarnya punca banyak masalah kesihatan jangka panjang kalau terlalu banyak terkumpul dalam badan.

Bukan tu je, ramai juga rasa mood diorang jadi lebih baik lepas grounding. Bila kita luangkan masa berjalan atas rumput atau pasir, tanpa telefon, tanpa bunyi bising bandar, otak kita macam dapat rehat sekejap daripada bebanan harian. Rasa lebih fokus, lebih calm, dan sikit demi sikit rasa lebih bersyukur dengan perkara kecil sekeliling.

Cara nak buat pun senang je, tak payah pergi jauh-jauh. Kalau ada taman berhampiran rumah, cuba luangkan sepuluh sampai lima belas minit setiap hari jalan berkaki ayam atas rumput. Kalau tinggal dekat pantai, lagi senang, sentuh air laut dan pasir memang antara cara grounding paling berkesan. Yang penting jangan buat sambil scroll telefon, biar minda betul-betul present dengan alam sekeliling.

Memang belum ada bukti saintifik yang seratus peratus kukuh untuk semua tuntutan grounding ni, tapi ramai yang dah cuba dan rasa kesan positif pada diri sendiri. Lagipun benda ni free, tak perlu modal, cuma perlukan sedikit masa dan niat nak luangkan waktu dengan alam semula jadi. Kalau rasa penat dengan hidup yang serba digital dan pantas ni, cuba luangkan sekejap je setiap hari untuk grounding, mana tahu badan dan minda korang rasa lebih ringan lepas tu.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.