Dengar playlist penuh di sini
.
Confirm ramai mama papa kat luar sana sekarang tengah pening kepala. Sebab apa? BTS akhirnya nak datang Malaysia lepas sekian lama, konsert dia jatuh 12 dan 13 Disember, tapi masalahnya tarikh tu jatuh betul-betul dalam tempoh peperiksaan paling penting di Malaysia, SPM 2026 yang berlangsung dari 23 November sampai 17 Disember. Padan la ramai anak dara dan anak teruna form 5 sekarang dilema nak fokus study ke nak beli tiket BTS.
Ada mama yang larang terus anak pergi sebab katanya nanti habis konsentrasi belajar, boyfriend online ke apa pun kena ketepikan dulu, SPM ni sekali seumur hidup. Anak pulak menangis kata mama tak faham perasaan dia, dah tunggu bertahun-tahun BTS nak reunion balik lepas semua abang-abang habis military, ni la peluang terbaik mereka, tak tahu bila diorang datang balik lepas ni.
Secara jujurnya, situasi ni bukan senang nak judge sapa betul sapa salah. Ada mama yang decide bagi izin tapi dengan syarat, anak kena pulun study dulu, kalau target result dah on track, boleh la pergi sebagai reward. Ada pulak yang tegas terus tak boleh, fikir jangka panjang, result SPM ni boleh bawa impak sampai bertahun depan untuk further study atau kerjaya.
Honestly both approach ni ada logik dia. Kalau bagi izin dengan syarat, anak rasa dihargai, ada motivasi nak capai target sebab ada ganjaran di hujung jalan. Tapi kalau anak jenis yang senang lost fokus, risiko dia jadi lebih mengelamun pasal konsert daripada study. Kalau tegas terus tak bagi, mungkin anak rasa terkongkong, jiwa remaja kan, kalau asyik ditekan, boleh jadi memberontak diam-diam, result pun tak semestinya lebih baik sebab stress dan resentment.
Ramai yang tak sedar, bukan semua benda ni pasal boyfriend online ke idola semata-mata. Untuk sesetengah remaja, benda macam ni jadi salah satu je cara diorang cope dengan tekanan SPM yang memang dahsyat. Kadang-kadang sekat terus bukan penyelesaian, sebaliknya buat anak makin jauh dan tak nak cerita apa-apa dekat parents lagi.
Jadi kalau tanya anda ibu jenis mana, mungkin jawapan terbaik bukan pilih satu je, tapi cuba faham dulu personaliti anak sendiri sebelum buat keputusan. Sebab setiap anak lain caranya nak handle tekanan dan motivasi.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.