Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Kenapa Ramai Wanita Kata Khairul Aming Walking Green Flag?

Khairul Aming ni bina nama dari bawah, mulanya sekadar content food creator yang share resepi rumah macam sambal dan rendang dengan cara yang simple dan mesra.

Confirm ramai wanita akui, kalau nak cari contoh lelaki “green flag” tulen, nama Khairul Aming memang selalu je muncul dalam senarai. Bukan sekadar sebab dia terkenal atau berjaya, tapi cara dia handle hidup dan perniagaan yang buat ramai rasa dia memang genuine.

Contoh, bila dia buka restoran Rembayung di Kampung Baru, walaupun bisnes tu sukses gila sampai reservation habis dalam beberapa minit, dia tetap pegang prinsip fair kepada semua orang, termasuk untuk ahli politik sekalipun. Dia sendiri bagitau kalau nampak mana-mana ahli politik makan di restoran dia, itu sebab diorang buat tempahan macam orang biasa, bukan sebab dapat special treatment. Dalam dunia yang selalu ada budaya “orang besar dapat layanan lain”, stand dia ni memang buat ramai respect.

Bukan setakat tu, masa banjir teruk melanda Kelantan, Khairul Aming turun padang sendiri untuk bantu mangsa. Yang lagi menarik, pemilik Mydin sendiri percayakan dia sampai bagi dia ambil barangan free untuk agihkan kepada mangsa banjir, tanpa perlu kad kredit atau bayar depan, sekadar amanah semata-mata. Bayangkan tahap kepercayaan orang lain letak atas dia, itu bukan senang nak dapat kalau bukan sebab track record yang bersih dan konsisten.

Kalau nak history dia, Khairul Aming ni bina nama dari bawah, mulanya sekadar content food creator yang share resepi rumah macam sambal dan rendang dengan cara yang simple dan mesra, terutamanya siri 30 Hari 30 Resipi tiap Ramadan yang dah jadi tradisi tahunan orang Malaysia tunggu. Dari situ dia grow jadi entrepreneur dengan produk sendiri, sampai buka restoran besar bernilai jutaan ringgit.

Yang buat dia jadi “walking green flag” sebenarnya kombinasi dari attitude dia yang down to earth walaupun dah famous, konsisten dalam kerja keras, tak segan tunjuk usaha dia dari zero, plus ada empati bila komuniti perlukan bantuan. Dia juga pernah tegur soal budaya content viral murahan, ingatkan generasi muda supaya utamakan kandungan yang bermakna berbanding sekadar nak famous cepat.

Jadi bila digabungkan semua ni, rezeki, kejayaan, kerendahan hati dan integriti, tak hairanlah ramai wanita letak Khairul Aming sebagai standard “green flag” yang mereka cari dalam seorang lelaki. Bukan sebab perfect, tapi sebab dia consistent jadi orang baik walaupun dah berada di atas.

Cartoon gif. Jerry from Tom and Jerry lounging and gazing at a picture frame adoringly, as pink hearts surround him.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.