Dengar playlist penuh di sini
.

Sampai satu tahap dalam hidup, ada wanita mula perasan satu benda … payudara dah tak berada di tempat yang sama macam zaman muda dulu.
Dulu macam “terangkat sendiri”. Sekarang macam perlukan sedikit bantuan.
Maka bermulalah pencarian. Krim pengencang, minyak urut, senaman, bra khas, macam-macam petua pun dicuba. Tapi apa yang menjadi persoalan sekarang, betul ke kalau payudara dah kendur, memang tak boleh buat apa-apa?
Nak diikutkan sejujurnya, krim atau senaman tidak mampu mengangkat payudara yang sudah kendur dengan ketara. Ini kerana payudara bukan otot. Ia terdiri daripada lemak, tisu kelenjar dan tisu penyokong, manakala otot dada berada di bawahnya.
Tapi mohon angan terus kecewa.
Senaman seperti push-up dan chest press sebenarnya masih boleh membantu menguatkan otot dada di bawah payudara. Bila otot lebih kuat dan postur lebih baik, barulah awasan dada boleh nampak lebih kemas dan berisi.
Penjagaan kulit pula boleh membantu kulit menjadi kekal lembap tetapi hati-hati tau dengan produk yang menjanjikan payudara kendur boleh kembali “tegang macam anak dara”.
Krim boleh jaga kulit, bukan ubah struktur payudara tau.
Kenapa payudara boleh jadi kendur?
Usia, genetik, perubahan berat badan, kehamilan, penyusuan dan perubahan hormon semuanya boleh memainkan peranan. Jadi, jangan sesekali rasa payudara kendur itu tanda kita tak pandai jaga badan.
Badan wanita memang berubah-ubah mengikut fasa kehidupan.
Kalau kendur itu sangat ketara dan seseorang wanita mahukan perubahan fizikal yang lebih jelas, ada prosedur perubatan seperti mastopexy atau breast lift yang boleh dinilai bersama doktor.
Jadi, kepada yang sekarang ni tengah pegang krim sambil termenung depan cermin…
Jangan putus asa okey. Cuma mintak sangat-sangat jangan mudah percaya semua janji produk.
Senaman, berat badan yang stabil, penjagaan kulit dan bra yang sesuai masih boleh membantu dari segi penampilan dan keselesaan.
Dan paling penting…
Payudara jatuh bukan bermaksud nilai seorang wanita turut jatuh.
Kadang-kadang “nenen” cuma turun sedikit kerana terlalu lama berkhidmat untuk tuannya.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.