Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

Watak Roy Dalam Gila² Remaja, Siapa Je Tak Tangkap Cintan?

Dulu cukup tengok Faizal Hussein sebagai Roy dalam Gila-Gila Remaja, ramai betul anak gadis termasuk mak-mak dah boleh tersenyum seorang diri.

Kalau sebut nama Faizal Hussein, ada satu wajah yang terus muncul dalam kepala generasi 80-an dan 90-an.

Muka muda. Rambut kemas. Senyum selamba. Naik motosikal pula tu.

Roy!

Siapa yang pernah tengok Gila-Gila Remaja, memang susah nak tipu. Watak Roy tu bukan sekadar hero filem. Dia antara sebab kenapa ramai anak dara zaman dulu sanggup duduk depan TV lama-lama. Kononnya tengok cerita… padahal mata tu dok tenung Roy mcam nak masuk TV!

Faizal Hussein ketika membawa watak Azroy dalam Gila-Gila Remaja masih sangat muda. Umur pun sekitar 18 atau 19 tahun. Tapi tengoklah kesannya sampai hari ini.

Dah hampir 40 tahun berlalu, nama Faizal Hussein dan Roy masih macam susah nak dipisahkan.

Yang menariknya, perjalanan Faizal menjadi hero filem pun bukanlah sebab dari awal dia memang bercita-cita nak jadi hero.

Pernah ditawarkan watak utama dalam Bujang Selamat, dia dikatakan menolak beberapa kali. Sampailah ditawarkan bayaran RM2,000.

Terus fikir lain.

Masa tu dia sedang menunggu keputusan SPM. RM2,000 bagi budak muda waktu itu bukan kecil punya duit. Faizal sendiri pernah mengibaratkan jumlah tersebut macam dua juta ringgit.

Dari situ, langkahnya sebagai hero bermula.

Kemudian muncul pula Gila-Gila Remaja.

Dan… boom!

Roy lahir.

Filem itu terus menjadi antara karya yang sangat diingati oleh generasi tersebut. Bukan saja kerana jalan ceritanya, tetapi sebab karakter dan wajah Faizal ketika itu memang cukup kena dengan zaman.

Sampai sekarang pun bila nampak gambar Faizal muda, mesti ada yang spontan cakap,

“Haaa… inilah Roy!”

Dan jangan tipu.

Ada juga yang terus teringat zaman sekolah dulu-dulu bila tengok muka dia.

Malah, populariti Faizal ketika muda bukan setakat dalam pawagam. Dia pernah berkongsi pengalaman ketika membuat promosi filem di Sarawak apabila ada peminat wanita yang begitu teruja sampai digomol dan dicium.

Nampak tak?

Dulu bukan TikTok yang buat orang jadi fangirl.

Tak ada Instagram nak stalk.

Tak ada DM.

Nak tengok muka crush, tunggu filem keluar atau tengok TV. Itu pun kalau dapat duduk depan sekali.

Menariknya, walaupun bertahun-tahun sudah berlalu, Faizal Hussein masih terus mencuri perhatian. Generasi baharu pula mula mengenalinya melalui watak Walid dalam Bidaah.

Sampai ada peminat dari Indonesia yang menggali semula gambar-gambar lamanya dan terkejut tengok rupa Faizal ketika muda.

Kita yang membesar zaman Gila-Gila Remaja pula mungkin cuma mampu senyum.

“Dah tahu dah…”

Sebab kita memang dah tahu dari dulu.

Faizal Hussein memang pernah jadi crush ramai orang.

Dan kalau dulu pernah tengok Gila-Gila Remaja sambil dalam hati terdetik,

“Handsome betul mamat ni…”

Tak payahlah nak cover sekarang.

Kita semua tahu. ..heheh

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.