Dengar playlist penuh di sini
.
Pernah tak korang perasan, ada lelaki yang perangainya nakal, suka mengusik dan penuh kejutan tetapi ramai pula perempuan yang tertarik dengannya? Dalam masa sama, lelaki baik-baik kadangkala kena cap membosankan. Eh, kenapa pula? Hahaha!
Sebenarnya, ada beberapa sebab kenapa sesetengah perempuan mudah cair dengan lelaki berimej bad boy. Bukan sebab mereka suka dilayan buruk tetapi mungkin ada sesuatu pada personaliti lelaki itu yang membuatkan mereka tertarik.
1. Yakin Diri Itu Ada Tarikannya
Ada lelaki yang tak perlu beria-ia nak memikat. Cara dia bercakap, bergurau dan membawa diri pun dah cukup menyerlah. Keyakinan diri dan karisma macam ni memang boleh menarik perhatian, apatah lagi kalau dia selesa menjadi dirinya sendiri.
2. Nakal-Nakal, Pandai Pula Mengusik
Lelaki yang suka menyakat dan spontan boleh membuatkan perbualan terasa lebih hidup. Ada sahaja modal nak bergurau sampai kita tersenyum sendiri bila teringat balik.
Bagi sesetengah perempuan, personaliti macam ni lebih menarik daripada perbualan yang terlalu formal. Asalkan tahu batas, mengusik itu boleh jadi sebahagian daripada tarikan!
3. Ada Unsur Kejutan
Orang yang spontan dan sukar dijangka kadangkala membuatkan kita lebih teruja untuk mengenalinya. Malah, dalam psikologi, ganjaran yang datang sekali-sekala dan tidak menentu boleh menguatkan jangkaan terhadap sesuatu ganjaran.
Namun, jangan keliru antara lelaki yang menyeronokkan dengan lelaki yang sengaja buat kita tertunggu-tunggu mesejnya. Kalau dia menghilang tiga hari, itu belum tentu strategi cinta. Mungkin dia memang tak berminat!
4. Terpengaruh Dengan Fantasi Nak Mengubahnya
Filem dan drama selalu gambarkan lelaki nakal yang akhirnya berubah menjadi pasangan paling penyayang selepas bertemu perempuan yang tepat. Tak hairanlah kalau ada yang berharap dirinya juga mampu mengubah seseorang.
Tak salah menyokong pasangan menjadi lebih baik tetapi perubahan itu tetap perlu datang daripada dirinya sendiri.
Jadi, Bad Boy Atau Good Guy?
Bukan semua perempuan suka lelaki nakal dan bukan semua lelaki berimej bad boy itu jahat. Ada yang sekadar suka mengusik tetapi sebenarnya baik hati dan bertanggungjawab.
Nakal mungkin buat kita tertarik tetapi sikap jujur, hormat dan setia tetap penting apabila hubungan menjadi serius.
So Geng..you all pula macam mana? Cair dengan lelaki nakal yang pandai mengusik atau lelaki baik-baik yang romantik?

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.