Dengar playlist penuh di sini
.

Orang selalu cakap…
“Kalau dah maafkan dan dah bagi peluang, jangan ungkit lagi.”
Percayalah…
Kalaulah semudah itu hati manusia bekerja, sudah lama aku memilih untuk lupa.
Aku tidak pernah berniat menghukum suamiku seumur hidup.
Dia sudah mengaku salah.
Dia sudah menangis.
Dia sudah memohon maaf.
Dan aku memilih untuk terus bertahan.
Aku percaya orang boleh berubah.
Tetapi…
Aku juga baru sedar, hati yang pernah hancur tidak berubah secepat itu.
Kadang-kadang kami ketawa bersama.
Tapi Tiba-tiba fikiranku pasti kembali ke hari itu.
Hari segalanya terbongkar…
Seketika, senyumanku hilang.
Bukan kerana dia sedang mengulangi kesalahan itu.
Tetapi kerana luka itu masih menyimpan gema.
Paling menyakitkan…
Aku sendiri penat dengan diri aku.
Aku benci apabila menjadi isteri yang terlalu banyak berfikir.
Aku benci apabila telefon suami berbunyi, jantung aku berdegup lebih laju.
Aku benci apabila dia pulang lambat sedikit, fikiranku mula mencipta seribu cerita.
Sedangkan dia sudah lama berubah.
Dan setiap kali itu berlaku…
Aku akan menangis sendirian.
Bukan kerana aku tidak memaafkan dia.
Tetapi kerana aku juga tidak tahu bagaimana hendak memujuk hati sendiri.
Sehinggalah seseorang berkata kepadaku…
“Yang dikhianati bukan kepercayaan sahaja. Yang hancur adalah rasa selamat.”
Barulah aku faham.
Aku bukan sedang melawan suamiku.
Aku sedang melawan ketakutan dalam diri sendiri.
Ketakutan untuk melalui kesakitan yang sama buat kali kedua.
Mungkin sebab itu…
Orang yang pernah dikhianati selalu nampak overthinking.
Bukan kerana mereka sengaja mahu mencurigai.
Tetapi kerana hati mereka pernah belajar bahawa orang yang paling dipercayai pun boleh melukakan.
Hari ini…
Aku tidak lagi memaksa diri untuk melupakan.
Kerana semakin aku memaksa, semakin kuat luka itu mengingatkan dirinya.
Sebaliknya, aku belajar memberi ruang kepada hati untuk sembuh.
Sedikit demi sedikit.
Dan kepada para suami…
Kalau hari ini isteri masih bertanya banyak perkara…
Masih sesekali menangis tanpa sebab…
Masih ada hari-hari dia menjadi terlalu sensitif…
Jangan terus berkata,
“Kan dah lama. Awak ni tak boleh move on ke?”
Kerana mungkin…
Bagi awak, kesalahan itu berlaku sekali.
Tetapi bagi isteri…
Kesakitan itu terpaksa dirasai berulang kali.
Setiap kali ingatan itu datang….setiap kali bayangan itu muncul….setiap kali dia berjuang untuk percaya semula.
Dan percayalah…
Isteri yang masih memilih untuk bertahan selepas dikhianati…
Bukan kerana dia lemah.
Tetapi kerana cintanya pernah lebih besar daripada luka yang ditinggalkan.
Cuma…
Walau cinta itu masih ada…
Parut tetap tidak pernah hilang.
Dan parut tidak meminta untuk dihilangkan.
Ia hanya meminta…
Jangan dilukai lagi.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.