Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Ex Masih Tempat Pertama Di Hati Suami, Salah Siapa?

Dia rasa ada sesuatu yang ex dia bagi yang isteri dia tidak bagi. Kedua, dia memang belum habis proses "move on" dari hubungan lama.

Kenapa suami masih contact ex? soalan ini nampak simple tapi ia salah satu soalan paling berat yang boleh seorang isteri tanya dalam hati, adakah suami saya masih cintakan ex dia?

Jawapannya, mungkin ya tapi mungkin juga tidak. Mungkin juga dia sendiri pon tak tahu jawapannya.Dan kekeliruan itulah yang paling bahaya.

Bila seorang lelaki tidak mampu melepaskan ex sepenuhnya walaupun dah berkahwin, ada dua kemungkinan besar yang perlu difikirkan. Pertama, dia rasa ada sesuatu yang ex dia bagi yang isteri dia tidak bagi. Kedua, dia memang belum habis proses “move on” dari hubungan lama tu dan dia kahwin sebelum hatinya betul-betul bersedia. Kedua-dua situasi ini sama-sama merbahaya untuk perkahwinan.

Ada lelaki yang secara sedar atau tidak, membuat perbandingan antara isteri dan ex. Bukan semestinya soal rupa atau badan,kadang ia lebih kepada cara ex melayan dia. Ex mungkin lebih “fun,” lebih sporting, lebih kurang bising, lebih bagi ruang. Dan bila dalam perkahwinan dia rasa tertekan, rasa dikongkong, rasa tidak dihargai, dia akan terbayang balik zaman dengan ex yang rasa lebih “enjoy” dan lebih “bahagia.”

Tapi yang dia lupa, ex dia dulu pun belum tanggung bil rumah sama-sama dengan dia. Ex dia dulu belum penat jaga anak, belum stress pasal duit, belum melalui semua fasa kehidupan yang datang selepas kahwin. Hubungan dengan ex dulu indah sebab ia belum diuji dengan realiti. Dia sedang bandingkan realiti perkahwinan dengan nostalgia hubungan lama,dan itu perbandingan yang tidak adil langsung.

Yang kedua pula lebih menyedihkan. Ada lelaki yang masuk dalam perkahwinan dengan hati yang belum kosong sepenuhnya. Mungkin hubungan dengan ex berakhir bukan atas pilihan dia. Mungkin dia yang kena tinggal, atau mungkin keadaan yang memaksa mereka putus di tengah jalan. Mungkin dia simpan harapan yang tidak pernah betul-betul dilepaskan. Luka tu tidak sembuh, cuma ditutup dengan perkahwinan baru. Dan bila ex muncul semula dalam hidup dia, melalui media sosial, melalui khabar angin, melalui sebarang cara, rasa itu muncul kembali.

Dalam situasi ini, bukan isteri yang tidak cukup baik. Masalahnya bukan pada isteri langsung. Masalahnya adalah dia ,yang tidak pernah selesaikan urusan hatinya sebelum melangkah ke jenjang perkahwinan.

Dan adakah dia cintakan ex? Mungkin bukan cinta dalam erti kata yang penuh. Tapi mungkin dia rindu, rindu pada versi dirinya yang lebih muda, lebih bebas, lebih tidak ada tanggungjawab. Ex hanyalah simbol kepada semua tu. Ia bukan pasal ex sebagai seorang manusia, tapi pasal apa yang ex tu mewakili dalam hidupnya.

Tapi penjelasan ini tidak bermakna isteri perlu terima dan diam.

Lelaki yang betul-betul cintakan isteri dia tidak perlu simpan “backup” dalam senyap. Lelaki yang betul-betul komited tidak akan bagi ruang untuk sesuatu yang boleh rosakkan kepercayaan. Bukan sebab isteri suruh, tapi sebab dia sendiri faham, perkahwinan yang sihat memerlukan dua orang yang hadir sepenuhnya. Bukan seorang yang hadir, seorang lagi separuh hati masih di tempat lain.

Kalau anda seorang isteri yang sedang baca ini dan rasa benda ni terlalu dekat dengan realiti anda, anda berhak untuk bercakap. Bukan bergaduh, bukan menuduh, tapi duduk dan cakap terus terang. Sebab diam sambil tanggung sorang-sorang tu lagi lama, lagi dalam lukanya nanti.

A man calls for help as a woman rests unwell on a couch at home.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.