Dengar playlist penuh di sini
.
“Maaf puan, hasil imbasan menunjukkan anak dalam kandungan puan ialah bayi anencephaly,” kata doktor.
Clueless, speechless! Walaupun perkataan itu terlalu asing buatku tapi aku yakin maksudnya sangat berat.
Anencephaly adalah kecacatan kelahiran yang berlaku apabila tiub saraf iaitu struktur awal yang sepatutnya membentuk otak dan saraf tunjang gagal tertutup sepenuhnya pada minggu-minggu terawal kandungan. Akibatnya sebahagian besar otak dan tulang tengkorak bayi tidak sempat terbentuk.

Soalan ini yang paling kerap bermain di fikiran aku.
Aku sayang bayi ini. Aku dah mula rasa pergerakan dalam rahimku.
Doktor jelaskan secara telus tanpa selindung. Anencephaly bukan kecacatan yang boleh dirawat. Dalam kebanyakan kes, bahagian otak yang mengawal kesedaran, pemikiran, dan kehidupan jangka panjang tidak pernah terbentuk.
Jika bayi ini lahir hidup sekalipun, kebanyakannya hanya mampu bertahan beberapa jam atau beberapa hari. Tiada pembedahan, ubat atau rawatan yang boleh ‘membina’ otak yang tidak berkembang sejak awal.
Tidak.
Doktor menyarankan kandungan dihentikan bukan kerana bayi “tidak bernilai”.
Sebaliknya ia diakui atas sebab-sebab berikut:
Dalam erti kata lain keputusan ini bukan tentang menamatkan nyawa tetapi tentang mengelakkan penderitaan yang tidak dapat dielakkan.
Tidak.
Dan kalau aku memilih untuk menghentikannya, itu juga bukan satu dosa atau kegagalan sebagai seorang ibu.
Ada ibu bapa yang memilih untuk meneruskan kandungan atas sebab kepercayaan, ada yang memilih untuk hentikan kandungan atas sebab kesihatan dan emosi. Kedua-duanya adalah keputusan yang sangat peribadi dan tidak patut dihakimi.
Yang paling penting ini bukan salah ibu.
Anencephaly berlaku akibat gabungan faktor genetik dan persekitaran, selalunya tanpa sebab yang jelas dan bukan kerana kecuaian atau kekurangan kasih sayang.
Kasih sayang itu tidak diukur dengan berapa lama seorang bayi hidup tetapi dengan keberanian seorang ibu membuat keputusan yang paling berat demi mengurangkan penderitaan, sama ada meneruskan kandungan atau melepaskannya lebih awal.
Anencephaly mengingatkan kita betapa rapuhnya permulaan kehidupan, dan betapa pentingnya sokongan, empati serta pendidikan tentang pengambilan asid folik sebelum dan awal kandungan.
Kadang-kadang menjadi ibu bukan tentang menyelamatkan tetapi tentang merelakan dengan penuh kasih.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.