Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Bahaya Roommate Takde Common Sense, Siapa Pernah Alami?

Pernah tak anda berhadapan dengan roommate yang suka gunakan duit anda, tak menghormati barang peribadi dan manipulatif?

Ada yang dah habis tengok series Roommates di Netflix tak? Yang dah habis atau masih tengok pasti akan rasa geram yang teramat sangat dengan watak Celeste. Filem ini mengisahkan tentang Devon, seorang pelajar universiti tahun pertama yang sangat lurus, naif, dan impiannya cuma satu iaitu nak ada kawan baik. Malangnya, dia tersilap langkah apabila memilih Celeste sebagai rakan sebilik. Celeste yang nampak “cool” dari luaran sebenarnya adalah mimpi ngeri buat sesiapa sahaja, sebuah lambang nyata bagi seorang roommate yang langsung tidak mempunyai common sense dan toxic habis.

Hubungan mereka mulanya nampak akrab, tetapi lama-kelamaan Celeste mula menunjukkan belang dengan memanipulasi kebaikan Devon. Antara perangai Celeste yang paling buat penonton sakit hati adalah tabiatnya yang suka mengambil kesempatan dalam isu kewangan. Dia sanggup menipu kononnya dia ada pinjaman belajar dan tidak berduit, lalu kerap mendesak Devon yang lurus untuk mendahulukan wang. Paling tak masuk akal, rupa-rupanya Celeste ini datang daripada keluarga kaya, tetapi dia sengaja gunakan duit Devon untuk menanggung gaya hidupnya termasuk membeli tiket konsert, minuman, dan tiket penerbangan. Kelemahan Devon yang sukar untuk berkata “tidak” dijadikan batu loncatan untuk Celeste hidup senang.

Bukan itu sahaja, batasan privasi langsung tidak wujud dalam kamus hidup Celeste. Dia dengan selamba menganggap barang peribadi Devon sebagai harta mutlaknya, malah sampai ke tahap mencuri pakaian dalam Devon tanpa rasa bersalah. Common sense Celeste terus ke laut apabila dia tergamak melakukan hubungan intim di atas katil Devon, mengosongkan akaun bank rakannya itu, malah sanggup tidur dengan lelaki yang disukai oleh Devon. Setiap kali Devon cuba bertoleransi, Celeste akan menggunakan helah psikologi untuk membuatkan Devon rasa bersalah, seolah-olah Devon yang terlalu berkira dalam persahabatan mereka.

Kisah Roommates ini sebenarnya refleksi kepada realiti kehidupan kolej yang dialami oleh ramai orang. Mendapat rakan sebilik yang manipulatif seperti Celeste boleh mengganggu kesihatan mental, terutamanya bagi individu yang lurus dan pemalu seperti Devon yang hanya mahu menjaga keamanan. Filem ini mengajar kita bahawa komunikasi ada batasnya, terutamanya apabila kita berhadapan dengan orang yang memang berniat untuk membuli dan mengambil kesempatan atas kebaikan kita.

Bagaimana pula dengan anda? Pernah tak anda berhadapan dengan roommate sebiji macam Celeste yang suka gunakan duit anda, langsung tak menghormati barang peribadi, dan manipulatif?

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.