Dengar playlist penuh di sini
.
Bila sembang pasal artis dulu versus artis sekarang, memang confirm ada dua team. Team “zaman dulu lagi classy” dan team “zaman sekarang lagi real dan versatile”. Tapi sebenarnya, dua-dua lahir dari zaman yang berbeza, jadi cara mereka survive pun tak sama.
Kalau kita tengok era 80-an dan 90-an, nama macam Sheila Majid, Search dan Sudirman Arshad memang ada aura tersendiri.
Dulu, nak jadi artis bukan senang. Kena pergi uji bakat, rakam demo, tunggu producer nampak potensi. Lagu pula betul-betul diuji sebelum masuk radio. Kalau suara tak sedap live, memang kantoi. Tak ada auto-tune berlebihan. Konsert pun jadi medan sebenar untuk buktikan bakat. Sebab tu ramai kata artis dulu “lebih berkualiti” sebab tapisan dia ketat.
Media pun terhad. Nak tahu gosip, tunggu majalah hiburan atau rancangan TV hujung minggu. Jadi artis ada privasi. Misteri tu buat peminat lagi respect.
Sekarang pula, dunia dah berubah. Dengan TikTok, Instagram, YouTube sesiapa pun boleh jadi artis dalam masa seminggu kalau content meletup. Tengok saja fenomena macam Aina Abdul atau Mimi Fly yang bijak guna platform digital untuk bina jenama sendiri.
Bezanya sekarang, artis bukan sekadar menyanyi atau berlakon. Mereka kena jadi content creator, brand ambassador, marketing strategist untuk diri sendiri. Silap sikit, netizen screenshot. Dulu kalau buat silap, mungkin orang tak tahu. Sekarang? Viral dalam masa lima minit.
Tapi jangan cepat judge artis sekarang tak berbakat. Platform dah berubah, bukan standard semata-mata jatuh. Ramai juga yang berbakat besar cuma laluan mereka berbeza. Ada yang mula dengan cover lagu dalam bilik tidur, tapi akhirnya perform di pentas besar.
Satu lagi beza ketara, hubungan dengan peminat. Dulu, artis nampak jauh dan eksklusif. Sekarang, artis boleh reply komen, buat live, DM peminat. Lebih dekat, lebih “real”. Cuma kadang-kadang terlalu terbuka sampai hilang sempadan privasi.
Hakikatnya, industri hiburan sentiasa evolve. Zaman kaset, CD, radio yang dulunya dominan dah bertukar ke streaming dan algorithm. Artis dulu bergantung pada label. Artis sekarang banyak yang bergerak independently.
So siapa lagi bagus? Sebenarnya bukan soal siapa lebih hebat. Artis dulu survive dengan disiplin dan kualiti tapisan industri. Artis sekarang survive dengan kreativiti dan kecekapan digital.
Setiap zaman ada cabaran sendiri. Kalau artis dulu hidup zaman sekarang, mungkin mereka pun akan aktif TikTok. Dan kalau artis sekarang lahir zaman 90-an, mungkin mereka juga akan melalui proses yang strict macam dulu.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.