Dengar playlist penuh di sini
.
Geng late 30s, 40s… ada tak yang dah bosan dengan gaya hidup zaman sekarang? Anda rasa macam rindu zaman dulu kan?
Yang sebenarnya, kita rindukan cara hidup yang tidak mendesak macam sekarang ni. Dulu, kita hidup santai-santai je, slow living.
Zaman kita dulu, tahun 80an , 90an banyak mengajar kita satu perkara yang makin jarang kita jumpa hari ini, which is hidup tak perlu sentiasa cepat untuk jadi lebih bermakna.
Dulu, kita relax je dengar lagu dari radio.
Tak boleh pilih, tak boleh ulang sesuka hati.
Tapi kita dengar sampai habis.
Dan entah kenapa, kita boleh rasa tenang je dan sabar tunggu lagu kegemaran kita keluar.
Hari ini, cuba kita mula berhenti melawan algoritma,
dan belajar menerima semula rentak yang perlahan macam dulu-dulu.
Tak semua mesej perlu dibalas segera.
Tak semua perkara perlu difahami sekarang.
Dulu, menunggu itu normal.
Tunggu bas.
Tunggu giliran telefon awam.
Tunggu hari esok dengan tenang.
Sekarang, kita belajar menunggu semula,
bukan kerana terpaksa, tapi untuk bagi jiwa kita ruang, ruang untuk jadi tenang.
Malam pula tak perlu diisi dengan hiburan tanpa henti.
Dulu, cukup dengan bunyi kipas,
cahaya televisyen,
dan sunyi yang tidak menakutkan.
Apa kata kita benarkan malam kembali senyap tanpa scroll tiktok berjam-jam, mana tahu cara ni kita boleh dapatkan tidur yang lebih berkualiti.
Zaman kita dulu juga mendidik kita tentang privasi.
Tak semua cerita perlu diketahui orang.
Tak semua perjalanan perlu dirakam.
Ada kebahagiaan yang lebih selamat bila ia disimpan.
Di usia 40-an, kita mula faham,
kejayaan bukan lagi apa yang boleh ditunjuk pada dunia,
tetapi apa yang membuatkan kita boleh tidur lena.
Gaya hidup perlahan bukan tanda kita ketinggalan zaman.
Ia tanda kita sudah cukup matang untuk memilih apa yang penting.
Kita tahu masa tidak boleh diulang,
dan tenaga emosi tidak boleh dibazirkan.
Mungkin inilah fasa hidup kita sekarang,
bukan untuk mengejar,
tetapi untuk menyusun.
Bukan untuk membuktikan,
tetapi untuk menikmati.
Dan bila kita mula hidup dengan rentak sendiri,
tanpa tekanan untuk sentiasa “up-to-date”,
kita sedar satu perkara:
hidup yang sederhana,
selalunya yang paling jujur.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.