Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengfamili_master

Salahke Hidup Kita Tak Ikut “Template” Media Sosial?

Generasi kita membesar dengan expectation seperti : Belajar rajin, dapat kerja stabil, kahwin, ada rumah, ada anak.

Macam biasalah, awal tahun, hari pertama persekolahan, media sosial penuh dengan gambar kawan-kawan update gambar anak melangkah ke alam persekolahan. Masing-masing tersenyum bangga dan terharu terutama sekali untuk anak-anak yang baru masuk tadika ataupun darjah 1. Macam-macam kerenah kita tengok, ada yang lucu, sedih, naik hantu pon ada sebab nak pujuk anak-anak ke sekolah.

Tapi nak tanya sikit ni, yang masih single tu ok ke?

a man sitting on a window sill looking at his cell phone

Pagi pagi lagi scroll telefon tengok orang lain hantar anak sekolah,
Kita pula tengah siap nak gi kerja, ada yang masih cari arah hidup, ada yang tengah kira baki akaun sebelum hujung bulan, dan inilah realiti sebenar ramai millennial hari ini.
Hidup kita tak ikut template, sampai ada yang rasa macam tersasar, walaupun sebenarnya tidak.

Generasi kita membesar dengan expectation seperti :
Belajar rajin, dapat kerja stabil, kahwin, ada rumah, ada anak.
Tapi bila masuk dunia sebenar, kos hidup naik, kerja tak menentu, tekanan mental pula makin kuat. Jalan hidup jadi berbeza daripada apa yang kita bayangkan dulu.

Bila media sosial penuh gambar anak masuk sekolah harini, ia bukan sekadar tentang anak.
Ia tentang perasaan tertinggal.
Tentang rasa seolah olah kita gagal capai sesuatu yang sepatutnya sudah ada pada usia ini.

Jangan fikir macam tu tau, hakikatnya, ramai millennial sedang buat yang terbaik dengan apa yang mereka ada.
Ada yang tanggung ibu bapa.
Ada yang bina kerjaya dari bawah.
Ada yang sembuh daripada luka lama yang orang lain tak nampak.

Tak semua tanggungjawab dan pencapaian hidup datang dalam bentuk anak dan keluarga.
Dapat bertahan setiap hari nak hadap hari-hari berikutnya dah kira ok apa.

Kalau anda rasa berat, ini beberapa peringatan untuk diri kita,

Kita tak perlu hidup ikut garis masa orang lain.
Kita cuma perlu hidup dengan jujur pada kemampuan sendiri.

Kita tak malas, kita cuma penat.
Penat hidup dalam dunia yang berubah terlalu cepat.

Dan paling penting, hidup kita bukan tertangguh.
Ia sedang berjalan, cuma dalam versi yang tidak selalu diraikan di media sosial.

Kalau hari ini kita masih sendiri, masih mencari, masih bertahan, itu bukan kelemahan.
Itu tanda kita masih berusaha.

Dan itu sudah cukup berani untuk generasi kita.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.