Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

“Biji Kolesterol” Tapi Tiada Kaitan Dengan Tahap Kolesterol?

Ada milia yang hilang sendiri namun ada juga yang degil, bertahun-tahun duduk situ macam bayar sewa.

Kalau pernah ada bintik putih kecil atas kulit muka, keras sikit, tak merah dan tak sakit. Haaa mesti pernah terlintas ayat ni dalam kepala:
“Alahai… whitehead ni. Picit je lah.”

Tapi masalahnya, picit tak keluar.
Tekan kuat pun tak jadi apa.
Akhirnya yang jadi merah… kulit kita sendiri.

Inilah yang orang selalu panggil biji kolesterol. Dan ya, dia memang buat orang geram.

Apa Sebenarnya “Biji Kolesterol” Ni?

Nama betul dia ialah milia. Ia bukan jerawat, bukan whitehead dan bukan sebab kolesterol tinggi semata-mata.

Milia ialah ketulan kecil keratin (protein kulit) yang terperangkap di bawah lapisan kulit. Sebab tu:

  • dia keras
  • warna putih atau kekuningan
  • tak ada “mata”
  • dan tak boleh dipicit macam jerawat

Ringkasnya, ini bukan benda yang boleh dikeluarkan dengan tekanan jari.

Kenapa Dia Suka Muncul Kat Muka?

Milia selalunya muncul di kawasan:

  • bawah mata
  • pipi
  • hidung
  • dahi

Antara punca biasa:

  • penggunaan krim terlalu berat (terutama eye cream)
  • sel kulit mati terkumpul
  • kulit rosak akibat matahari
  • atau lepas luka kecil sembuh

Kadang-kadang, kulit kita terlalu rajin “repair diri”, sampai keratin terperangkap.

Kenapa Lagi Dipicit, Lagi Tension?

Sebab ia bukan jerawat.

Bila kita cuba picit:

  • tak ada saluran keluar
  • kulit boleh luka
  • risiko parut atau iritasi meningkat

Dan ya… milia tu selalunya masih kekal, cuma kawasan sekeliling jadi merah dan pedih. Menangis tanpa hasil.

Boleh Ke Dia Hilang Sendiri?

Kadang-kadang, boleh
Ada milia yang hilang sendiri bila kulit menjalani kitaran pembaharuan semula jadi.

Tapi ada juga yang degil, bertahun-tahun duduk situ macam bayar sewa.

Cara Selamat Kurangkan Milia

Kalau nak kurangkan risiko milia:

  • elakkan krim terlalu berat di muka
  • exfoliate secara lembut (bukan scrub kasar)
  • guna sunscreen untuk lindungi kulit
  • jangan picit sendiri

Kalau nak buang dengan selamat, biasanya perlu bantuan profesional seperti rawatan kulit yang sesuai. Bukan kerja jari tangan.

Kolesterol Tinggi Punca Utama Ke?

Ini salah faham biasa. Milia tak semestinya tanda kolesterol tinggi. Ada orang kolesterol normal pun boleh ada milia.

Jadi jangan terus panik atau buat diagnosis sendiri.

Gewammmmm!

“Biji kolesterol” ni memang nampak kecil, tapi kuasa dia besar. Besar dalam buat orang geram. Nampak macam jerawat tapi tak boleh dilayan macam jerawat.

Kadang-kadang, benda yang paling menyakitkan hati bukanlah yang sakit…
tapi yang tak boleh dipicit walaupun nampak boleh.

So lain kali nampak bintik putih kecil tu, tarik nafas panjang.
Kalau jari boleh tahan maka kulit muka akan berterima kasih.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.