Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Bila Cinta Tak Seimbang: Hubungan Jadi Tak Sihat, Sakitnya!

Terpaksa jaga perasaan pasangan, tapi perasaan sendiri diketepikan, selalu rasa bersalah walaupun tak buat salah. Awak macam ni?

Hubungan cinta sepatutnya buat dua-dua rasa selamat, dihargai dan tenang. Tapi realitinya, banyak hubungan jadi tak sihat bila seorang lebih sayang berbanding yang satu lagi. Dan selalunya, yang lebih banyak memberi, mengalah dan bertahan… adalah perempuan.

Bila perempuan lebih sayang, dia sanggup buat apa saja. Sanggup tunggu mesej yang tak kunjung tiba. Sanggup faham pasangan yang selalu “busy”. Sanggup maafkan ayat-ayat kasar dengan alasan “dia penat”. Dari luar nampak setia, tapi dari dalam sebenarnya sedang perlahan-lahan hilang diri dia yang sebenar.

Masalah hubungan tak sihat ni bukan sebab cinta itu salah. Tapi sebab cinta tak dibalas dengan kadar yang sama.

Tanda-tanda hubungan mula jadi tak sihat

Antara tanda paling biasa ialah bila perempuan:

  • Selalu rasa bersalah walaupun tak buat salah
  • Terpaksa jaga perasaan pasangan, tapi perasaan sendiri diketepikan
  • Takut bersuara sebab risau pasangan menjauh
  • Selalu justify perangai pasangan pada orang lain
  • Hilang keyakinan diri, rasa “aku ni susah nak disayangi”

Hubungan jadi berat bila hanya seorang yang berusaha mengekalkan. Yang satu lagi sekadar hadir bila senang, hilang bila susah.

Bila sayang jadi alasan untuk bertahan

Ramai perempuan bertahan bukan sebab bahagia, tapi sebab sayang. Mereka percaya, “Kalau aku sabar sikit lagi, dia akan berubah.”
Hakikatnya, cinta tak sepatutnya menunggu perubahan yang tak pasti.

Bila seseorang betul-betul sayang, dia tak buat pasangannya rasa menunggu. Dia tak buat pasangannya rasa bersendirian dalam hubungan. Dia tak biarkan pasangan tertanya-tanya tentang nilai diri sendiri.

Sayang yang sihat tak buat kita:

  • Menangis hampir setiap malam
  • Rasa tak cukup walaupun dah beri segalanya
  • Sentiasa takut ditinggalkan
Perempuan lebih sayang bukan kelemahan, tapi…

Lebih sayang bukan salah. Ia tanda hati yang ikhlas dan penuh empati. Tapi bila kasih itu disalah guna, ia jadi senjata yang memakan diri.

Hubungan yang sihat perlukan timbal balik. Tak perlu 50-50 setiap masa, tapi mesti ada usaha dari dua-dua pihak. Ada komunikasi. Ada tanggungjawab emosi. Ada hormat.

Kalau hanya seorang yang sentiasa berkorban, itu bukan cinta, itu menyiksakan diri.

Belajar bezakan cinta dan menagih emosi

Kadang-kadang yang buat kita susah lepaskan bukan cinta, tapi takut kehilangan. Takut sunyi. Takut mula semula. Takut rasa gagal.

Tapi percayalah, hubungan yang betul tak buat kita rasa takut untuk jadi diri sendiri. Ia buat kita rasa cukup, bukan sentiasa kurang.

Cinta yang sihat bukan tentang siapa paling banyak berkorban.
Tapi tentang siapa paling konsisten menjaga hati satu sama lain.

Kalau dalam hubungan, hanya seorang yang selalu bertahan, mungkin soalnya bukan “kenapa dia tak berubah”,
tapi kenapa kita masih memilih untuk stay.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.