Dengar playlist penuh di sini
.

Ada benda yang kita scroll dekat FYP, mula-mula tengok sambil lalu. Lepas lima saat, tangan terus berhenti.
“Eh… suara ni macam kenal.”
Tengok lagi.
“Eh, siapa ni?”
Kemudian lagu yang dinyanyikan pula kedengaran begitu familiar.
Purnama Merindu.
Terus otak macam buka fail lama yang dah berhabuk.
“WEHHHH… CHE’NELLE!”
Ya, Che’Nelle yang pernah menggegarkan zaman dengan I Fell in Love with the DJ itu muncul pula dengan cover lagu Siti Nurhaliza. Dan bukan sekadar menyanyi. Dia bawakan lagu tersebut dengan gaya dan lenggoknya sendiri sampai boleh buat kita terdiam sekejap.
Sebab itu reaksi netizen pun macam-macam.
Ada yang pada mulanya macam, “Eh penyanyi Jepun mana pula ni?”
Ada yang terus teringat zaman I Fell in Love with the DJ.
Ada pula yang baru tersedar, “Eh… orang Malaysia rupanya!”
Sebenarnya, Che’Nelle bukanlah nama asing dalam dunia muzik Malaysia. Beliau dilahirkan di Malaysia dan kemudian membina kerjaya yang sangat kukuh di Australia serta Jepun. Lagu I Fell in Love with the DJ pula memang pernah menjadi antara lagu yang membuat namanya begitu dikenali.
Cuma biasalah… dunia hiburan ni laju.
Hari ini seseorang boleh ada di mana-mana. Esok-esok senyap sekejap, kita pun sibuk dengan hidup masing-masing. Tiba-tiba bertahun kemudian, muka yang sama muncul dekat FYP.
Yang membuatkan cover Purnama Merindu ini lagi menarik ialah pemilihan lagunya.
Ini bukan lagu yang boleh nyanyi sambil basuh pinggan, kemudian tiba-tiba tambah suara tinggi sebab yakin jiran tak dengar. Purnama Merindu ada lenggok, ada jiwa dan ada bahagian yang memang memerlukan kawalan vokal.
Tetapi Che’Nelle tak cuba meniru Siti Nurhaliza bulat-bulat.
Itulah yang sedap didengar.
Dia mengambil lagu yang sangat sinonim dengan suara Siti, kemudian memasukkan identiti vokalnya sendiri. Hasilnya terasa lain tetapi masih boleh buat kita kenal lagu tersebut dari beberapa bait pertama.
Dan di situlah datangnya rasa teruja.
“Eh, penyanyi antarabangsa ni minat lagu Siti?”
Sebenarnya, tak pelik pun.
Muzik yang bagus memang tak kenal sempadan. Kita mungkin kenal Che’Nelle kerana lagu Inggerisnya yang pernah popular, kemudian melihat perjalanan muziknya di Jepun. Tetapi di satu sudut lain, dia masih boleh kembali kepada lagu dari tanah air sendiri.
Dan tiba-tiba satu cover dekat FYP berjaya buat ramai orang membuka semula satu folder memori yang sudah lama tersimpan.
Dulu kita dengar I Fell in Love with the DJ.
Sekarang dengar Che’Nelle menyanyikan Purnama Merindu.
Bezanya cuma satu.
Dulu kita sibuk menghafal lirik sambil rasa diri macam berada dalam video muzik.
Sekarang kita scroll FYP sambil terjerit:
“WEH CHE’NELLE MASIH ADAAAA!”
Kadang-kadang memang begitu cara nostalgia datang semula.
Bukan melalui album lama. Bukan melalui rancangan TV.
Tapi melalui FYP yang kita buka kononnya nak tengok satu video saja…heheheh
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.