Dengar playlist penuh di sini
.
Bila sebut ular, ramai terus bayangkan bahaya, gigitan, patukan dan ular berbisa. Tapi zaman sekarang, haiwan belaan bukan lagi sekadar kucing, anjing atau arnab. Kalau nak yang unik tapi masih selamat, corn snake adalah pilihan terbaik. Nampak menakutkan tapi sebenarnya mudah dijaga.
Corn snake atau Pantherophis guttatus ialah ular bukan berbisa yang berasal dari Amerika Utara. Namanya diambil dari corak sisiknya yang menyerupai bijirin jagung. Saiznya sederhana, biasanya 1.2 hingga 1.8 meter bila dewasa dan warnanya cantik dari oren, merah, coklat hingga kelabu.
Malah, sifatnya jinak dan penyayang tapi jangan salah sangka, jinak bukan bermakna boring. Corn snake aktif dan suka explore bila diberikan ruang yang selamat.

Walaupun mudah dijaga, beberapa perkara perlu disediakan:
Selain itu, jangan lupa untuk belajar membaca bahasa badan ular. Corn snake akan memberi isyarat bila stres, lapar atau selesa. Fahami mereka dan hubungan dengan haiwan ini lebih menyeronokkan.
Corn snake membuktikan bahawa haiwan “menakutkan” boleh menjadi belaan yang selamat dan menyeronokkan. Mereka unik, cantik dan cukup jinak untuk pemula yang ingin pengalaman berbeza.
Jadi, kalau bosan dengan kucing dan anjing atau nak sesuatu yang exotic tapi tidak berisiko, corn snake ialah pilihan yang bijak. Nampak menakutkan tapi sebenarnya teman yang mudah dijaga dan memberi pengalaman belaan yang luar biasa.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.