Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengfamili_master

Tak Pernah Rasa Macam Mana Bayar Bil, Tapi Banyak Permintaan

Cuba sekali je, ambil masa duduk depan laptop, buka online banking. Tengok bil elektrik, ansuran kereta, rumah, takaful, yuran sekolah, duit makan, duit minyak...

Kisah ni mungkin relatable to B40 dan kebawah je, kalau anda pasangan kaya raya, sila skip. Ini pasal pasangan yang mungkin berkawhin muda, tak pernah ada experience bekerja apetah lagi pengalaman urus hal kewangan seperti bayar bil elektrik, air, internet, bayar yuran itu ini, dan segala macam komitmen lain lah. Dan mungkin dari kahwin sampai dah ada anak dua tiga, hidup memang fokus rumah tangga je, bangun pagi urus anak, masak, lipat baju, hantar sekolah. Penat? Memang penat. Tapi dalam masa yang sama, ada satu benda yang kadang-kadang mereka tak pernah rasa, tekanan cari duit dan urus komitmen bulanan.

Cuba sekali je, ambil masa duduk depan laptop, buka online banking. Tengok bil elektrik, bil air, internet, ansuran kereta, rumah, takaful, yuran sekolah, duit makan, duit minyak. Belum campur kalau ada hutang lama atau komitmen keluarga sebelah suami. Setiap bulan angka tu tak pernah miss, malah mungkin bertambah. Bayangkan, semua tu diletakkan atas beban seorang je, iaitu suami.

Bila kita tak pernah bayar sendiri, memang susah nak faham rasa dia.Kadang-kadang isteri share dekat media sosial. “Bestnya orang pergi bercuti.” “Untunglah dapat beli emas.” “Seronoknya tukar kereta baru.” Kita nampak sebagai borak biasa. Tapi suami yang tengah tengok tu, mungkin hati dia tengah berat. Bukan dia tak nak bawa pergi holiday. Bukan dia tak nak belikan emas. Tapi dalam kepala dia, tengah kira baki akaun sampai hujung bulan.

Bila isteri tunjuk-tunjuk, suami diam. Diam tu bukan sebab tak peduli. Diam tu sebab dia tak tahu nak cakap macam mana yang dia tengah struggle nak settle komitmen wajib dulu. Nak cakap tak cukup duit, ego lelaki tercalar. Nak tipu cakap cukup, takut nanti lagi parah.

Sebab tu penting untuk isteri cuba faham kewangan suami.Tak salah pun kalau isteri tak bekerja. Itu pilihan hidup. Tapi belajar ambil tahu. Tanya berapa sebenarnya komitmen bulanan. Cuba sekali sekala urus bayaran bil. Cuba buat bajet dapur dengan jumlah yang tetap. Cuba rasa macam mana nak stretch RM300 untuk dua minggu. Dari situ baru kita nampak realiti.

Kadang-kadang kita rasa suami kedekut. Sebenarnya dia cuma tengah berkira-kira macam mana nak survive.

Kadang-kadang kita rasa suami tak romantic. Sebenarnya otak dia penat.

Dan lagi satu, cuba bayangkan kalau tiba-tiba suami sakit atau hilang kerja. Kalau kita langsung tak pernah urus apa-apa, kita akan panik. Tapi kalau dari awal dah belajar, sekurang-kurangnya kita tahu aliran duit masuk keluar.

Berkahwin bukan sekadar bahagi tugas rumah. Ia juga tentang berkongsi tanggungjawab.Bukan bermaksud isteri kena tanggung semua. Tapi sekurang-kurangnya faham.

Bila kita faham, cara kita bercakap pun berubah. Kita tak lagi bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita tak lagi paksa ikut trend. Kita lebih fokus pada kestabilan rumah tangga sendiri.

Dan percayalah, bila suami rasa difahami, dia akan usaha lebih lagi. Lelaki ni, bila rasa dihargai dan tak ditekan, dia sanggup buat apa saja untuk keluarga.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.