Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

KAMI The Series: Bila Muzik Indie Jadi Bahasa Remaja Kita

Lima sekawan, kenangan zaman remaja dan lagu-lagu indie yang meluahkan segala yang terbuku di hati ketika kita tak tahu nak mengungkapkannya.

Tahun 2007, apabila tibanya waktu petang selepas balik sekolah, ramai remaja yang duduk depan komputer rumah dan buka Yahoo Messenger dan MIRC untuk download lagu-lagu band yang baru je didengari dalam KAMI The Series. Lagu Meet Uncle Hussain yang jadi intro cerita KAMI The Series sampai sekarang pun masih boleh dikenali dan diperdengarkan tanpa rasa jemu.

Lynn Dan Fanzine Yang Kita Semua Mahu Buat

Watak Lynn yang gigih usaha untuk kembangkan dunia muzik indie melalui fanzine sendiri telah buatkan ramai remaja waktu tu rasa terinspirasi. Ada yang betul-betul cuba buat fanzine sendiri, print kertas, staple sendiri, kemudian edarkan kat kawan-kawan sekelas. Walaupun tak ramai yang sempat siapkan lebih daripada satu edisi, tapi semangat tu yang penting.

KAMI The Series adalah kisah tentang lima sekawan yang masing-masing ada masalah sendiri, tekanan ibu bapa, hubungan yang rumit dan keraguan diri, terasa sangat dekat dengan apa yang remaja bandar zaman tu sebenarnya lalui dan buatkan mereka yang menontonya berasa “oh, ada orang lain yang rasa macam ni juga.”

Band-Band Yang Jadi Identiti Kita

Apabila KAMI The Series mula ditayangkan di kaca televisyen dan mengetengahkan band indie yang lain di dalam drama tersebut, nama-nama macam Hujan, Bunkface, Butterfingers mula jadi sebutan dalam kalangan remaja. Setiap band ada peminatnya sendiri, Raingers untuk Hujan, Bunkers untuk Bunkface dan setiap daripada geng peminat ini ada pendapat sendiri tentang band mana yang paling power.

Konsert Rock The World pula jadi tempat impian untuk ramai remaja waktu tu, walaupun tak semua dapat turut serta atau tak kurang juga yang tak mendapatkan kebenaran oleh ibu bapa untuk pergi konsert tersebut. Pada yang dapat turut serta akan jadi bahan cerita utama untuk berjam-jam lamanya di sekolah. Antara cerita yang dibangkitkan seperti keadaan suasananya dan lagu apa yang paling power dinyanyikan di konsert tersebut

Drama Bersiri Yang Mengimbau Zaman Remaja

Sekarang apabila lagu-lagu indie zaman tu kedengaran semula, sama ada daripada playlist lama atau stesen radio yang mainkan lagu throwback, kita akan terus teringat balik perasaan jadi remaja yang baru cuba kenal diri sendiri, sambil cuba cari muzik yang betul-betul rasa macam mewakili perasaan yang kita alami.

KAMI The Series bukan sekadar cerita remaja. Ia jadi penanda kepada satu zaman di mana ramai daripada kita pertama kali kenal muzik indie dan rasa kita pun ada tempat dalam dunia muzik yang lebih besar daripada sekadar radio mainstream.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.