Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Suami Pun Manusia, Ada Rasa Penat, Tapi Ramai Isteri Tak Faham

Suami mithali, haruslah dia buat semua yang isteri minta. Sebab dia lelaki, lelaki kan kuat. Betul tak? Tapi tak pernah ada sesiapa tanya, dia penat tak?

Kita selalu cakap pasal penat isteri, isteri penat jaga anak, penat kerja, penat buat kerja rumah dan semua tu memang betul, tak de orang boleh nafikan. Tapi hari ni, kita nak cakap pasal satu penat lain yang jarang ada orang bincangkan iaitu penat seorang suami.

Bayangkan situasi ni, suami bangun awal pagi, siapkan diri, keluar kerja. Jam lapan dah duduk kat meja pejabat, tanggung tekanan bos, tanggung deadline, tanggung masalah yang dia tak boleh bawa balik rumah sebab nanti orang kata dia stress lebih. Balik kerja pon dah lewat, penat? Memang penat. Tapi bila langkah je masuk pintu rumah, yang dia dengar adalah, “Abang, jangan duduk saje, sampah tak buang lagi tu” “Abang, saya dah jaga anak seharian, awak tolong mandikan anak pulak” . Ada tu belum sempat duduk pun lagi isteri dah arah itu ini.

Suami mithali, haruslah dia buat semua yang isteri minta, sebab dia dah dididik untuk layan isteri macam princess. Sebab dia lelaki, lelaki kan kuat. Betul tak? Tapi tak pernah ada sesiapa tanya, dia penat tak?

Penat bukan sekadar fizikal sahaja tapi penat mental pon perlu diambil kira, mana dia nak fikir bayar bil bulanan rumah, nak bayar komitmen, nak sediakan keperluah dan kemahuan isi rumah. Sebagai isteri, jika kita nampak suami sedang struggle, kurangkan minta itu ini mungkin boleh kurangkan bebanan dia sebentar daripada berfikir, mana lagi aku nak cari duit untuk kemahuan isteri. Bukan tak boleh minta, tapi cuba empati, sebab walaupun dia cakap tak mampu beli lagi, tapi dalam kepala dia takkan pernah berhenti berfikir cara untuk dapatkan. Ada isteri pula suka mendesak sehinggalah dapat apa yang dimahukan tanpa tengok slip gaji suami. Suami pulak, tak pernah nak buat pembentangan kewangan, mungkin sebab isteri tak pernah nak ambil tahu.

Sejak kecil, lelaki diajar jangan nangis, jangan mengadu, jangan manja. Sakit demam pun kena teruskan kerja sebab “isteri ada anak nak jaga.” Sakit hati pun simpan sorang sebab “lelaki tak patut sensitif.”

Dan bila ada suami yang cuba luahkan penat, kadang jawapan yang dia dapat bukan empati, tapi perbandingan. “Abang penat? Cuba jaga anak seharian, baru tahu penat macam mana.” Terus dia tutup mulut. Terus dia simpan balik semua tu dalam hati. Lama-lama dia berhenti cuba. Bukan sebab dia tak nak berkongsi. Tapi sebab dia dah belajar, lelaki tak boleh menyuarakan apa yang dia rasa sebab dia ketua rumah.

Ini bukan pasal nak salahkan isteri. Penat isteri tu pun sama je, isteri yang bekerja mahupun isteri yang jaga anak di rumah, semua orang penat. Tapi suami pun manusia juga, ada rasa penat, ada rasa burtnout. Dan perkahwinan yang sihat bukan tentang siapa lebih penat, tapi tentang dua orang yang sama-sama acknowledge penat masing-masing tanpa perlu buat ia jadi pertandingan. Sebagai isteri, kalau kita perlu berehat, suami juga perlu rehat. Jangan cepat melenting bila suami duduk “landing” depan tv atau “scroll phone”. Mungkin boleh tukar ayat kepada “Nanti abang dah rehat, abang tolong buang sampah ya, takut berulat”. Ayat mengarah itu ini mungkin boleh digantikan dengan minta tolong. Sebab suami dah penat diarah di pejabat, di rumah pon kena arah lagi.

Dia pun ada hari yang nak kena peluk dan ditanya, “Abang okay tak hari ni?” Dia pun ada hari yang nak duduk diam tanpa kena tackle senarai kerja rumah yang tak habis-habis. Dia pun ada hari yang sakit, yang rapuh, yang rasa macam nak lepaskan semua tu sekejap. Dia pon ada hari yang nak duduk diam, santai-santai dan regangkan badan.

Tanya suami anda malam ni, dengan ikhlas, “Abang okay tak?, Abang Penat?” . Dan tunggu jawapan dia. Betul-betul tunggu. Bukan sambil scroll phone. Bukan sambil lipat baju. Tapi betul-betul duduk dengan dia, dan dengar.

Sebab dia pun manusia. Dia pun penat. Dia cuma tak pernah diberi ruang untuk cakap.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.