Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Kecoh Netizen Geli Nak Muntah, Bila Peserta Hyrox Tercirit

Atlet elit Australia ini tetap meluru ke garisan penamat walaupun berdepan insiden paling memalukan hingga cetus persoalan tentang kebersihan.

Kalau sekadar dengar cerita pun sudah rasa geli geleman, bayangkan pula kalau berada di belakang peserta ketika kejadian itu berlaku.

Itulah yang kecoh di media sosial selepas seorang atlet wanita mengalami insiden tidak dijangka ketika menyertai pertandingan HYROX Beijing 2026 pada 12 September lalu.

Atlet elit wanita Australia, Joanna Wietrzyk, dilaporkan mengalami masalah perut bermula sekitar pusingan kedua. Malangnya, keadaan menjadi lebih teruk sehingga dia hilang kawalan membuang air besar ketika sedang berlumba.

Dan bahagian yang buat ramai orang tergamam?

Dia tetap teruskan perlumbaan. Euuuuwwwwwwwwww.

Ya, dalam keadaan kekotoran jelas kelihatan pada kakinya, Joanna masih meneruskan cabaran sehingga ke garisan penamat. Lebih mengejutkan, dia dilaporkan berjaya memenangi divisyennya.

Kalau kita yang tengok video pun sudah boleh rasa nak muntah, peserta yang berada berhampiran pula bagaimana?

HYROX bukan sekadar berlari. Peserta perlu melalui gabungan larian dan latihan intensif seperti sled push serta burpee broad jumps. Jadi sepanjang perlumbaan, mereka berkongsi laluan, karpet dan peralatan di kawasan pertandingan.

Sebab itulah netizen bukan sekadar geli.

Ramai mula mempersoalkan aspek kebersihan dan keselamatan peserta lain. Kalau laluan atau peralatan sudah tercemar, peserta di belakang masih perlu melalui kawasan yang sama. Dalam kepala netizen, mungkin sudah terbayang satu perkara saja.

“Aku datang nak bersukan, bukan nak redah lopak najis”

Pihak penganjur HYROX China kemudian tampil menjelaskan bahawa kawasan dan peralatan yang terjejas telah segera diasingkan, dinyahkuman dan dibersihkan. Sebahagian karpet pertandingan juga diganti bagi memastikan kawasan tersebut selamat digunakan.

Dalam masa sama, kejadian ini turut mencetuskan perdebatan tentang semangat kesukanan.

Ada yang melihat tindakan Joanna sebagai bukti mentaliti juara. Sudah sampai sejauh itu, dia enggan mengalah walaupun tubuh sendiri dhah macam memberi notis kecemasan.

Tetapi ada juga yang berpendapat soal kebersihan dan keselamatan peserta lain sepatutnya menjadi keutamaan.

Sebenarnya, masalah perut ketika senaman intensif bukan perkara mustahil. Aktiviti seperti berlari boleh menyebabkan sesetengah atlet mengalami gangguan sistem pencernaan apabila tubuh berada di bawah tekanan fizikal yang tinggi.

Cuma kali ini, masalah tersebut berlaku di depan ramai orang dan dalam pertandingan yang melibatkan peserta lain.

Sebab itu internet kecoh.

Joanna mungkin sudah mendapat garisan penamat dan kemenangan.

Tetapi netizen pula masih belum habis membayangkan apa yang berlaku sepanjang perjalanan.

Geli, nak muntah, tapi dalam masa sama… respect juga dengan mentaliti nak habiskan race.

Cuma kalau benda sama berlaku pada kita?

Rasanya medal boleh tunggu.

Tandas dulu, baru fikir nak jadi juara.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.