Dengar playlist penuh di sini
.

Berkhatan adalah satu tradisi yang sudah diamalkan turun-temurun. Dahulu, ramai ibu bapa menunggu anak lelaki memasuki usia sekolah rendah atau remaja untuk berkhatan. Tapi zaman sekarang, trend dah berubah. Ramai ibu bapa bukan sahaja memilih untuk khatankan anak seawal bayi malah ketika baru lahir lagi namun ada yang masih beranggapan tindakan ini kejam.
Bawak bersabar. Jom kita selongkar apa kelebihan dan risiko berkhatan awal.

Dulu, mungkin ramai yang terbayang anak lelaki menahan sakit selepas umur tujuh atau lapan tahun. Tapi sekarang dengan kemudahan hospital dan klinik pakar, khatan bayi baru lahir semakin popular. Doktor menggunakan teknik yang lebih moden dan alat yang direka khas untuk bayi, menjadikan prosedur lebih cepat, selamat dan kurang menyakitkan.
Selain itu ibu bapa yang memilih khatan awal biasanya menginginkan anak cepat sembuh sebelum masuk fasa umur mereka mula aktif merangkak dan berjalan kerana penyembuhan bayi biasanya lebih cepat daripada kanak-kanak yang lebih besar.
Walaupun ramai melihatnya mudah, khatan bayi tetap melalui proses pembedahan. Risiko seperti pendarahan, jangkitan atau komplikasi dari bius boleh berlaku walaupun kecil. Oleh itu, penting untuk:
Ramai ibu bapa risau bayi menangis atau menahan sakit. Tetapi teknik moden seperti bius setempat (local anesthesia) atau alat khas untuk bayi membantu mengurangkan kesakitan. Selepas prosedur, bayi biasanya tidur atau rehat lebih lama dan sembuh dalam masa singkat.
Berhati-hati dalam membuat keputusan. Berkhatan awal bukan sahaja soal tradisi tetapi juga kesihatan dan keselamatan bayi. Dengan pemilihan doktor yang tepat dan penjagaan rapi, khatan bayi boleh menjadi pengalaman mudah, selamat dan memberi manfaat jangka panjang.
Pada zaman moden ini, berkhatan awal semakin menjadi pilihan bijak ibu bapa bagi memastikan anak lelaki membesar dengan lebih selesa, bersih, dan selamat.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.