Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Kes Buli Mengganas, Menteri Pendidikan Pula Dilabel Gagal?

Buli bukan sekadar tentang pembuli dan mangsa. Ada budaya, persekitaran dan banyak lapisan lain yang mungkin selama ini kita terlepas pandang.

Kes buli semakin kerap menjadi perhatian. Setiap kali ada kes yang menggemparkan, kemarahan rakyat memang sukar dibendung.

Dan dalam kemarahan itu, ada satu tuntutan yang semakin kedengaran…

Menteri Pendidikan perlu berundur.

Persoalannya…

wajarkah Menteri Pendidikan menjadi orang yang perlu meletakkan jawatan setiap kali berlaku kes buli yang serius di sekolah?

Sebelum ada yang terus marah dengan soalan ini, bukan bermaksud pihak kementerian tidak perlu bertanggungjawab.

Sudah tentu perlu.

Menteri memimpin kementerian. Dasar, garis panduan, sistem pengurusan disiplin dan pelbagai aspek keselamatan sekolah berada dalam lingkungan tanggungjawab kementerian.

Malah, dalam kes Irene Sofiya, Datuk Seri Fadhlina Sidek sendiri memaklumkan sekolah berkenaan mempunyai CCTV tetapi kamera tidak dipasang di lokasi kejadian. Pihak kementerian juga sedang meneliti rekod rondaan dan tugas syarikat kawalan keselamatan sekolah tersebut.

Kalau ada kelemahan dalam perkara yang memang berada di bawah bidang kuasa kementerian, memang wajar persoalan diajukan.

Tetapi…

adakah semua masalah buli di sekolah berpunca daripada seorang Menteri Pendidikan?

Ini yang menarik.

Buli bukan sesuatu yang berlaku dalam ruang kosong.

Kajian terhadap pelajar sekolah menengah di Malaysia mendapati penglibatan dalam buli berkait dengan pelbagai faktor, termasuk aspek individu, rakan sebaya, keluarga dan sekolah. Faktor seperti konflik dengan rakan, tekanan psikologi, hubungan dengan guru, persekitaran sekolah dan keadaan keluarga turut mempunyai kaitan dengan penglibatan dalam buli.

Jadi apabila seorang pelajar memilih untuk membuli…

adakah kita benar-benar boleh memendekkan seluruh cerita kepada:

“Menteri Pendidikan gagal.”

Bayangkan kalau seorang anak melakukan sesuatu yang serius.

Adakah kita terus suruh ibu bapanya berhenti menjadi ibu bapa?

“Anak awak bermasalah. Mak ayah gagal. Sila letak jawatan sebagai ibu bapa.”

Kedengaran pelik, bukan?

Sebaliknya, kita akan mula bertanya.

Apa yang berlaku kepada anak itu?

Siapa kawan-kawannya?

Apa yang berlaku di rumah?

Bagaimana persekitaran sekolah?

Pernahkah ada tanda-tanda sebelum ini?

Siapa yang tahu?

Siapa yang sepatutnya bertindak?

Dan kenapa ia tidak dicegah lebih awal?

Bukankah soalan-soalan seperti ini juga patut ditanya apabila kita bercakap tentang buli?

Sebab dalam satu kes buli, ada mangsa.

Ada pelaku.

Ada rakan sebaya.

Ada ibu bapa.

Ada guru.

Ada pihak sekolah.

Ada sistem disiplin.

Dan ya, ada juga Kementerian Pendidikan.

Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza.

Menteri bukan individu yang berada di setiap kelas, setiap koridor dan setiap tandas sekolah untuk melihat apa yang berlaku pada setiap saat.

Tetapi pada masa yang sama, kementerian juga bukan boleh lepas tangan dan berkata, “Itu salah pelajar.”

Jadi di sinilah persoalannya menjadi lebih rumit.

Menteri perlu bertanggungjawab.

Tetapi…

adakah bertanggungjawab semestinya bermaksud perlu berundur?

Kalau seorang menteri berundur hari ini, adakah pelajar yang membuli akan tiba-tiba berhenti membuli?

Adakah budaya mengejek, memalukan, mengugut dan memukul akan hilang?

Adakah ibu bapa yang selama ini tidak tahu apa berlaku kepada anak mereka akan terus menjadi lebih peka?

Adakah rakan yang melihat kejadian akan tiba-tiba berani bersuara?

Adakah sekolah yang mempunyai kelemahan dalam sistem keselamatan akan terus menjadi sempurna?

Atau kita cuma akan mendapat seorang menteri baharu…

tetapi masalah yang sama masih berada di tempat yang sama?

Apa komen korang?

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.