Dengar playlist penuh di sini
.
Pernah dengar tak pasal wanita yang berkahwin sampai 23 kali? Bukan cerita rekaan, ini rekod dunia dalam dunia yang nyata!
Linda Wolfe, yang berkahwin buat kali pertama pada usia 16 tahun, kini seorang nenek dengan 23 bekas suami ,menjadikan beliau pemegang rekod dunia untuk wanita paling banyak berkahwin. Beliau sendiri pernah mengaku “ketagih dengan romantik” perkahwinan.

Bayangkan, 23 kali jalan ke pelamin, 23 kali ucap janji setia, 23 kali mula semula. Perkahwinannya paling lama bertahan tujuh tahun, manakala yang paling singkat cuma 36 jam sahaja. Senarai suaminya termasuklah seorang banduan, juruteknik mesin layan diri, seorang pendakwah, hingga ke pemuzik.
Tak semua kisah cinta dia manis. Sebahagian suaminya curang, seorang pernah cekik dan tarik bibirnya sampai terbalik, manakala seorang lagi kunci peti sejuk dengan rantai dan mangga. Tapi yang menariknya, walaupun melalui pelbagai kepahitan, Linda tak pernah berhenti percaya pada cinta dan perkahwinan.
Kalau nak dibandingkan, bekas suaminya yang terakhir, Glynn Wolfe, seorang pendakwah dari California, turut memegang rekod dunia sebagai lelaki paling banyak berkahwin sebanyak 29 kali. Perkahwinan terakhirnya dengan Linda sebenarnya cuma satu publisiti dan Linda terus pulang ke Indiana seminggu selepas majlis tersebut. Malangnya, bila Glynn meninggal dunia, tiada seorang pun daripada 29 bekas isterinya yang datang ke pengebumiannya.
Cerita Linda Wolfe ni mungkin extreme dan jauh berbeza dengan kehidupan kita di Malaysia. Tapi dalam banyak-banyak benda, ia buat kita terfikir apa sebenarnya yang kita kejar bila kita kahwin? Sesetengah orang kejar rasa “in love” itu sendiri, sampai sanggup ulang proses tu berkali-kali walaupun selalunya berakhir dengan kecewa. Ada pula yang pilih untuk bertahan dalam satu hubungan, walaupun tak sempurna, kerana faham cinta yang matang bukan tentang perasaan “berbunga-bunga” je, tapi tentang komitmen dan usaha berterusan.
Tak ada jawapan betul atau salah dalam hal ni. Cuma ia mengingatkan kita bahawa perkahwinan bukan destinasi, tapi satu perjalanan yang perlu dijaga dan disirami setiap hari, dengan orang yang sama yang kita pilih.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.