Dengar playlist penuh di sini
.
Rasa macam kena tampar tapi tak boleh nak jerit. Itulah perasaan yang ramai pekerja senior lalui dalam senyap. Dah bertahun-tahun bagi bakti kat company, bukan sekadar kerja, tapi betul-betul bina company tu sama-sama. Awal-awal masuk, gaji kecil pun tak kisah sebab “nanti ada increment,” “nanti company stabil,” “kita tengah grow.” Anda pun percaya, anda stay sebab tunggu masa untuk nikmati waktu kerja keras anda dihargai.
Namun lima tahun berlalu, sepuluh tahun berlalu, gaji naik macam siput, kejap ada kejap takde, kadang tu sampai bertahun-tahun tak dapat, kalau dapat pon less than RM100.
Bab sistem and komitmen dalam syarikat tu pulak anda punyalah terror, pejam mata pon boleh settle, dah tahu mana jalan pintas, mana lubang, siapa nak kena call kalau ada masalah. Connection yang anda bina bertahun-tahun tu, itulah yang buat kerja company tu jalan lancar setiap hari, yes boss kata you are replacable, tapi anda tengok sendiri kerja budak-budak baru, tak de yang boleh lawan kepakaran anda, and of courselah sebab anda sendiri pon selesa dan belum dapat offer yang lebih baik di tempat lain, sebab tu anda masih di situ.
Bila anda jumpa HR atau manager, minta increment yang patut jawapan dia satu je “Company tengah struggle. Tak hit target. Nanti ye, kita tengok dulu.” Anda telan jelah hakikat tu, dah dengar bertahun-tahun dan sambungla buat kerja dengan berdedikasi seperti biasa.
Tapi yang tak bestnya, anda dapat berita ada fresh grad baru masuk dengan kelayakan Diploma je,belum tahu apa-apa lagi pasal industri., tapi starting gaji dia RM 3,500 ringgit!!! Wow! Anda dan rakan-rakan senior lain yang degree, pengalaman 5 tahun lebih, yang dah penat bina empayar orang dapat 3,000 je , itupon starting RM2,500, dapat naik 3000 tu pon bertahun merayu, meratap.
Apa yang sebenarnya berlaku di sini? Ini bukan situasi janggal di Malaysia, ini fenomena yang sangat meluas dalam corporate Malaysia, dan ada beberapa sebab kenapa ia berlaku. Pertama, gaji pasaran naik setiap tahun, tapi increment dalaman syarikat biasanya tak ikut kadar yang sama. Fresh grad dinaikkan gaji permulaan supaya syarikat boleh attract talent baru, tapi pekerja lama dibiarkan dengan gaji lama yang “diselaraskan” sikit-sikit setiap tahun yang tak pernah catch up dengan pasaran. Hasilnya? Orang yang dah lama dalam syarikat tu kadang dapat gaji lebih rendah dari orang baru yang sama level atau lebih rendah darinya.
Kedua, syarikat yang “struggling” tu entah kenapa masih mampu hire orang baru dengan gaji tinggi, tapi tak mampu adjust gaji pekerja lama. Logik mana tu? Bila syarikat cakap tak ada bajet untuk increment tapi ada bajet untuk tambah headcount, itu bukan masalah kewangan. Itu masalah keutamaan. Dan keutamaan mereka,orang baru lebih penting dari orang yang dah sedia ada.
Ketiga, dan ini yang paling pedih, loyalty tak ada harga dalam dunia korporat moden. Syarikat tak bayar korang anda untuk anda stay. Ini bukan salah anda sepenuhnya, sistem ni memang direka untuk mengambil kesempatan atas orang yang loyal dan sabar. Tapi ada benda yang kita boleh buat. Nilai diri sendiri berdasarkan pasaran, bukan berdasarkan apa yang syarikat offer. Pergi interview tempat lain secara aggresif, bukan semestinya nak resign, tapi untuk tahu berapa sebenarnya nilai anda di luar sana. Dan kalau dapat offer lain yang lebih baik, jangan takut bawa balik ke meja negotiation.
Sebab kebenaran yang pahit dalam dunia korporat ni adalah, ramai orang dapat increment paling besar bukan masa mintak naik gaji, tapi masa hantar surat letak jawatan. Dan tu yang paling menyedihkan.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.