Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Kisah Bella Buktikan Kita Tak Patut Putus Harapan Bila Diuji

Trust the process bukan bermaksud berdiam diri menunggu takdir, tetapi tetap bangun, tetap berusaha, dan tetap mengadu kepada Yang Maha Mendengar.

Terngiang-ngiang detik pilu Bella Astillah beberapa tahun lalu, ketika beliau berdepan dengan perceraian kali kedua bersama Aliff Aziz. Ketika itu, wajahnya sering dipaparkan media dengan air mata berlinang setiap kali ditemuramah wartawan, meluahkan rasa kecewa dan kesal atas perjuangannya seorang diri mempertahankan rumah tangga yang akhirnya tetap berakhir. Kata-katanya ketika itu penuh kepiluan, namun turut menyelitkan kekuatan seorang ibu yang tetap bertekad untuk anak-anaknya.

Kini, kisah hidup Bella menjadi bukti nyata bahawa Allah SWT tidak pernah tidur, dan tidak pernah membiarkan hamba-Nya yang bersabar tanpa balasan. Selepas melalui ujian bertalu-talu, Bella kini dilihat lebih tenang, bahagia, dan makin bersinar bersama seorang lelaki yang benar-benar menghargainya, iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. Kisah cinta mereka bermula secara profesional sebagai jenama duta produk yang sama, sebelum akhirnya berkembang menjadi hubungan yang lebih rapat dan tulus. Lamaran berlangsung secara istimewa di puncak Gunung Kinabalu, Sabah, dengan Syed Saddiq memberikan cincin lamaran kepada Bella sebelum mengumumkan majlis pertunangan mereka.

Perubahan yang dilalui Bella bukan sekadar soal mendapat cinta baharu, tetapi tentang perjalanan kembali menemukan kekuatan diri selepas dihimpit ujian. Syed Saddiq sendiri pernah meluahkan rasa kagum terhadap kekuatan Bella, menyifatkan bahawa dalam kepenatan yang dilaluinya, Bella tetap mencari jalan sendiri untuk bangkit, dan itulah yang menjadikannya begitu istimewa. Dan pasangan ini baru sahaja mengumumkan tarikh perkahwinan mereka yang akan berlansung pada 10 Oktober ini, tahniah buat kedua-dua bakal mempelai.

Kisah ini menjadi peringatan buat kita semua, terutamanya mereka yang sedang diuji dengan ujian yang berat, sama ada dalam perkahwinan, kerjaya, mahupun kehidupan seharian. Ujian yang datang bertalu-talu bukan bermakna Allah SWT tidak sayang kepada kita, sebaliknya mungkin itulah cara-Nya menyediakan sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan. Namun begitu, penting untuk diingat bahawa doa perlu disertai usaha yang berterusan. Trust the process bukan bermaksud berdiam diri menunggu takdir, tetapi tetap bangun, tetap berusaha, dan tetap mengadu kepada Yang Maha Mendengar setiap kali hati terasa sesak dan penat.

Bangunlah pada waktu sepertiga malam, adukan segala kerisauan kepada Allah SWT, kerana Dialah sebaik-baik tempat mengadu dan tidak pernah sekali-kali mengabaikan hamba-Nya yang benar-benar berserah dan berusaha. Sepertimana kisah Bella, pelangi pasti akan muncul selepas hujan, cuma kadangkala kita perlu bersabar menantikan masanya yang tepat.

Disney gif. Elsa from Frozen looks left and right with anticipation and shivers with excitement.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.