Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Kononnya Gurau Tapi Mangsa Trauma, Stop Budaya Prank

Rasa tersisih, malu dan keliru yang mangsa tu rasa, dia akan rasa diri dia macam mangsa buli (victim). Bayangkan budak-budak sekolah tiru.

Pernah tak korang tengah skrol media sosial, tiba-tiba lalu satu video prank yang kononnya kelakar, tapi bila tengok sampai habis, rasa macam kesian pulak kat mangsa tu? Zaman sekarang ni, sempadan antara gurauan dengan perbuatan membuli dah jadi makin kabur. Ramai pencipta kandungan terutamanya influencer sanggup buat apa sahaja demi nak kejar tontonan yang tinggi. Tapi sedar atau tidak, budaya prank yang keterlaluan ni sebenarnya tak tumpah macam perbuatan membuli yang dibalut dengan nama ‘hiburan’.

Antara contoh yang paling merisaukan baru-baru ni, ada satu kandungan daripada influencer yang sengaja buat prank ‘palau’ atau pulaukan kawan sendiri. Semua orang dalam group pakat tak nak bercakap dan buat-buat macam kawan tu tak wujud. Bunyinya macam gurauan biasa, kan? Tapi bayangkan impak benda ni dekat penonton dorang yang rata-ratanya merupakan kanak-kanak. Budak-budak ni minda dorang macam span, dorang akan serap dan tiru apa sahaja yang dorang nampak idola dorang buat kat skrin telefon.

Kesan paling buruk adalah dekat psikologi mangsa yang kena prank tu. Walaupun pada akhir video dorang akan gelak-gelak dan cakap “alaaa kita prank je tadi,” rasa tersisih, malu, dan keliru yang mangsa tu rasa sepanjang tempoh dipalau tu adalah sangat nyata. Dia akan rasa diri dia macam mangsa buli (victim). Bayangkan kalau budak-budak sekolah tiru taktik ni kat kelas. Dorang pakat pulaukan sorang kawan atas alasan ‘saja nak prank‘, tanpa dorang sedar perbuatan tu dah pun menghancurkan emosi dan kesihatan mental kawan tu.

Sebab tu kita kena tegas dan cakap stop pada normalisasi budaya prank toksik macam ni. Gurauan yang sebenar adalah bila kedua-dua belah pihak sama-sama ketawa di penghujung hari. Kalau yang ketawa tu cuma si tukang rakam dan netizen di ruangan komen, manakala mangsa pulak terduduk menahan sedih atau dimalukan, itu bukan gurauan itu pembulian secara terang-terangan. Kita tak nak lahirkan generasi baru yang membesar dengan pemikiran bahawa menyakitkan hati orang lain demi kepentingan diri sendiri tu adalah satu perkara yang cool.

Sebagai pengguna media sosial, kita ada kuasa untuk kawal apa yang viral. Kalau nampak content creator yang suka buat prank menjatuhkan maruah atau memulaukan orang macam ni, tak payah bagi dorang views atau engagement. Fikirkan kesan jangka panjang dekat anak-anak atau adik-adik kita yang tengah menonton. Jadi buat para influencer, gunalah pengaruh yang ada tu untuk buat benda yang lebih berfaedah. Nak buat content biar ada sivik, jangan sampai hilang empati semata-mata kemaruk nak kejar views yang tak kekal lama tu.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.