Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Lagi Kes Kenderaan Berat Akibatkan Kemalangan Maut

Akibatnya, empat orang meninggal dunia termasuk sekeluarga yang baru je nak balik lepas sambut Hari Kebangsaan.

Malam Isnin lepas, sekitar pukul 10 malam, satu kemalangan ngeri berlaku di Lebuhraya Pantai Timur atau LPT1, tepatnya di KM110.4 berhampiran Lanchang, arah Kuantan. Kemalangan ni melibatkan sebanyak 11 buah kenderaan sekaligus, termasuklah sebuah lori tangki simen, bas ekspres yang bawa 30 penumpang, dan beberapa buah kereta macam Proton S70, Honda CRV, Toyota Alphard, Toyota Hilux, Perodua Aruz, dua Proton Saga dan dua Perodua Myvi.

Ikut siasatan awal polis, punca kemalangan ni sebab lori tangki simen tu hilang kawalan lepas tu terus merempuh deretan kenderaan lain yang sedang bergerak perlahan di hadapan. Bayangkan, satu-satu kenderaan kena hentak sampai jadi rangkaian kemalangan besar macam ni. Akibatnya, empat orang meninggal dunia termasuk sekeluarga yang baru je nak balik lepas sambut Hari Kebangsaan, iaitu suami isteri berumur 32 tahun dan anak lelaki mereka yang baru empat tahun. Seorang lagi mangsa yang meninggal adalah penumpang dalam Honda CRV. Empat lagi mangsa cedera termasuk pemandu lori tangki sendiri yang parah. Nasib baik semua 30 penumpang bas ekspres selamat.

Pasukan bomba ambil masa lebih sejam untuk keluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan. Sedih kan bila fikir semua ni boleh je dielakkan kalau kita lebih berhati-hati di jalan raya.

Jadi apa kita boleh belajar dari kejadian ni. Pertama, kalau nampak ada kesesakan atau kenderaan bergerak perlahan di depan, kurangkan laju awal-awal, jangan tunggu last minute baru brek. Kedua, jaga jarak selamat dengan kenderaan depan, lagi-lagi kalau kita berselisih dengan lori berat sebab jarak brek dia lagi panjang. Ketiga, kalau memandu waktu malam terutama on highway macam LPT, pastikan kita tak mengantuk, stop rehat kalau rasa penat walaupun sekejap je nak sampai destinasi.

Untuk pemandu lori terutamanya yang bawa muatan berat macam simen atau minyak, pastikan check brek dan tayar sebelum jalan jauh, jangan pandu laju sangat especially bila nak masuk kawasan yang ada kenderaan perlahan atau susur keluar tol. Elak juga memandu dalam keadaan penat sebab risiko hilang kawalan lagi tinggi bila badan dah tak alert. Ingat, setiap kenderaan di atas lebuhraya membawa nyawa yang berharga, mereka sedang dalam perjalanan menuju yang tersayang sama seperti anda. Tak memudaratkan pon kalau pandu perlahan, dan lebih berhati-hati.

Semoga kejadian ni jadi pengajaran untuk kita semua, lagi-lagi musim cuti macam ni bila jalan raya sesak. Doakan yang terbaik untuk keluarga mangsa dan semoga yang cedera cepat sembuh.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.