Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Lambakan Warga Asing: Sabar Dulu, Jangan Cepat Melenting

Sektor seperti pembinaan, perladangan, perkilangan dan kerja 3D kurang diminati rakyat tempatan. Majikan pula perlukan tenaga kerja untuk sustain ekonomi.
Image

Isu lambakan warga asing di Malaysia memang bukan benda baru. Setiap kali nampak pekerja asing ramai di tapak binaan, restoran mamak, kilang atau kawasan bandar, mesti ada yang rasa “Eh, negara kita ni dah jadi apa?”

Secara fakta, Malaysia memang antara negara yang bergantung kepada tenaga kerja asing. Mengikut anggaran rasmi kerajaan beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah pekerja asing berdaftar mencecah sekitar 2 juta orang, dan kalau campur yang tidak berdaftar, ada laporan menganggarkan jumlah keseluruhan boleh mencecah 3 hingga 4 juta orang. Majoritinya datang dari Bangladesh, Indonesia, Nepal, Myanmar dan beberapa negara Asia Selatan lain.

Kenapa ramai sangat?

Sebab realitinya, sektor seperti pembinaan, perladangan, perkilangan dan kerja 3D , dirty, dangerous, difficult memang kurang diminati rakyat tempatan. Majikan pula perlukan tenaga kerja untuk sustain ekonomi. Tanpa mereka, banyak projek boleh tergendala, kos meningkat, dan rantaian bekalan boleh terjejas.

Isu pendatang tanpa izin, isu jenayah terpencil, isu sosial, Isu tekanan kepada kemudahan awam, semua itu valid untuk dibincangkan secara polisi dan penguatkuasaan. Tapi dalam kita bincang isu besar ni, ada satu benda yang kita selalu lupa. Ramai juga rakyat Malaysia yang mencari rezeki di luar negara.

Ada yang kerja sah di Singapura, Australia, UK, Timur Tengah. Tapi tak dinafikan, ada juga segelintir yang masuk guna permit melancong, kemudian kerja secara tidak sah, overstay. Buat kerja tanpa permit, akhirnya negara luar pun jadi makin ketat dengan rakyat kita.

Bila imigresen negara orang pandang passport Malaysia dengan penuh curiga, kita marah. Kita rasa terhina. Kita rasa “Eh, kenapa layan kita macam ni?” Tapi dalam masa sama, dekat sini kita jeling warga asing. Cakap kasar. Herdik-­herdik pekerja kedai. Anggap mereka ni macam kelas paling bawah.

Ironi kan? Kita marah bila orang judge kita di luar negara. Tapi kita pun buat benda yang sama dekat orang lain.

Hakikatnya, kebanyakan warga asing di sini datang untuk satu sebab sahaja,cari rezeki. Sama macam kita. Mereka tinggalkan keluarga, anak, ibu bapa di kampung halaman. Kerja panas terik. Duduk rumah kongsi. Gaji tak besar mana pun.

Bukan semua sempurna, tapi bukan semua jahat.

Masalah lambakan warga asing adalah isu dasar dan pengurusan kerajaan , soal kuota, penguatkuasaan, dan keperluan industri. Itu ruang perbincangan yang matang.

Tapi dari sudut kemanusiaan, kita masih ada pilihan. Nak jadi manusia yang ada empati atau yang sombong.

Bayangkan kita melancong atau bekerja di negara orang. Tiba-tiba orang tempatan jeling kita. Cakap tinggi. Pandang rendah sebab kita “orang luar”.

Jangan rasa bangsa kita terpaling bagus. Dunia ni dah lama global. Hari ni orang datang ke negara kita. Esok anak kita pula mungkin berhijrah ke negara orang.

Hormati undang-undang, ya. Tegas pada isu keselamatan, ya. Tapi jangan hilang adab dan belas kasihan.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.