Dengar playlist penuh di sini
.
Rakyat Malaysia FOMO? Kalau tengok sekeliling, jawapan ringkas dia macam ya… ramai. Tapi bukan semua, dan semestinya FOMO mereka ni bersebab buka saje-saje.
FOMO (Fear of Missing Out) ni maksudnya rasa takut tertinggal benda yang orang lain tengah buat, tengah ada, tengah nikmati, benda-benda trending lah senang cakap. Dalam konteks Malaysia, FOMO ni jadi makin kuat sebab gabungan media sosial, budaya ikut trend, dan tekanan sosial yangberterusan.
Cuba tengok situasi ni. Ada kafe baru buka, belum rasa, dah rasa “ketinggalan”. Ada trend minuman viral, walaupun mahal dan rasa biasa-biasa, tetap beli sebab “semua orang cuba” dan post kat media sosial. Ada drama, lagu, atau isu panas, mesti nak kena tahu, sebab rasa macam tak relevan bila borak dengan orang, yelah semua orang tahu.
Media sosial main peranan besar sebenarnya dalam situasi ni. Instagram, TikTok, X semua tunjuk versi hidup orang lain yang nampak seronok, sibuk, penuh dengan aktiviti. Tanpa sedar, kita mula banding hidup kita dengan orang lain di media sosial. Bila life orang lain nampak “lively”, kita rasa hidup sendiri macam kosong, walhal sebenarnya normal saja.
Budaya Malaysia pula memang kuat unsur komuniti dan kebersamaan. Kita biasa buat benda sama-sama. Jadi bila tak ikut, rasa terasing. Tak join trend, takut dianggap ketinggalan. Tak update takut dilupakan. Tak respon cepat takut disalah tafsir sombong pulak .
Tapi FOMO ni bukan semata-mata pasal benda remeh. Ia juga masuk dalam:
Masalahnya, bila FOMO tak dikawal, kita buat benda bukan sebab nak, tapi sebab takut. Takut orang cakap. Takut rasa rendah diri. Takut jadi orang yang tak tahu apa-apa.
Ironinya, dalam usaha nak ikut semua, kita sebenarnya boleh jadi penat dan hilang arah. Duit habis, emosi letih, tapi kepuasan sementara saja.
Hakikatnya, bukan semua benda kita kena kejar. Tak semua trend perlu ikut. Hidup bukan perlumbaan siapa paling cepat, paling update, paling nampak berjaya.
Tak salah ambil tahu. Tak salah join trend.
Yang jadi masalah bila tak join = rasa diri tak cukup lengkap.
Mungkin rakyat Malaysia bukan FOMO sepenuhnya.
Cuma kita hidup dalam zaman yang orang buat kita kena buat.
Dan kadang-kadang, pilihan paling sihat sebenarnya , “Hidup aku, cara aku.” tak perlu ikut siapa-siapa.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.