Dengar playlist penuh di sini
.

Kalau sebut nanas, ramai terus teringat dua benda iaitu masam-manis dan pedih lidah. Ada yang suka, ada yang trauma sebab pernah makan terlalu banyak sampai mulut rasa kebas. Tapi sebenarnya nanas ni antara buah yang paling “underrated”.
Orang selalu fikir nanas sekadar buah potong tepi jalan. Hakikatnya, dia simpan banyak khasiat yang ramai tak ambil kisah.
Pernah perasan tak, lepas makan berat macam daging, rendang, lauk berminyak, orang tua-tua selalu hulur nanas? Itu bukan suka-suka.
Nanas ada enzim dipanggil bromelain yang bantu hadam protein. Ringkasnya, ia tolong perut kita buat kerja dengan lebih lancar. Sebab itu ada orang rasa kurang kembung dan lebih selesa lepas makan nanas.
Bukan magik. Cuma badan dapat bantuan sikit.
Bromelain ni bukan setakat pasal perut. Ia juga dikaitkan dengan kesan anti-radang. Sebab tu ada orang yang aktif, banyak bergerak atau selalu lenguh, suka masukkan nanas dalam diet harian.
Bukan untuk sembuhkan sakit tapi untuk bantu badan pulih secara semula jadi.
Nanas kaya dengan vitamin C. Bila imuniti kuat, badan lebih bersedia lawan jangkitan, selesema dan keletihan. Tambah pula cuaca yang tak menentu, buah macam ni memang berguna.
Tak perlu tunggu sakit baru nak cari vitamin.
Vitamin C juga penting untuk pembentukan kolagen. Benda yang bantu kulit kekal sihat dan proses penyembuhan jadi lebih baik. Sebab itu nanas sering dikaitkan dengan kulit nampak lebih segar.
Tapi jangan salah faham, makan sekali bukan terus glowing. Ini cerita konsisten, bukan instant.
Nanas rendah kalori, tinggi air dan ada serat. Ia buat kita rasa kenyang tanpa perlu snek manis berlebihan. Sebab itu nanas selalu jadi pilihan untuk yang nak kawal berat badan tapi masih nak makan sedap.
Cuma satu je.. jangan berlebihan. Apa-apa pun, sederhana itu kunci.
Ini soalan popular. Sebenarnya enzim ni boleh “mengganggu” lapisan mulut bila makan nanas segar terlalu banyak terutamanya nanas muda.
Tip ringkas:
Nanas bukan buah glamour. Tapi dia buat kerja senyap-senyap. Bantu perut, sokong imuniti, jaga badan dari dalam.
Kadang-kadang, benda yang kita selalu pandang biasa itulah yang paling banyak fungsi.
Dan nanas?
Dia memang buah yang tak bising tapi berguna.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.