Dengar playlist penuh di sini
.
Scroll TikTok lima minit, confirm nampak sekurang-kurangnya satu video makanan yang buat kita terliur. Chocolate leleh, cheese banjir bertimbun atas keropok lekor, minyak berbuih mendidih dengan rangup yang menggoda , semua ini sudah jadi sebahagian daripada budaya makan kita hari ini. Kita beratur, kita order, kita rakam, kita makan. Tapi soalan yang jarang kita tanya ialah, apa sebenarnya yang kita telan?
Mari mulakan dengan cheese leleh, bintang utama feed makanan viral Malaysia. Kebanyakan apa yang dipanggil “cheese leleh” sebenarnya adalah gabungan bahan yang rendah khasiatnya, mengandungi maltodextrin, gula dan garam berlebihan, dengan kalori tambahan yang menggalakkan obesiti dan hampir tiada manfaat seperti keju asli. Keju sebenar memang ada nilai pemakanan seperti protein yang tinggi, kalsium, lemak baik. Tapi sos keju leleh yang dijual di bazaar dan gerai tepi jalan kebanyakannya mengandungi bahan proses dengan perisa tiruan dan Maltodextrin berbanding keju asli. Yang kita rasa itu bukan kesedapan keju, itu sudah diolah di makmal.
Pasal Maltodextrin ni perlu kita faham lebih mendalam, kandungan Maltodextrin yang berfungsi meningkatkan tekstur serta jangka hayat makanan mempunyai kandungan glycemic index yang cukup tinggi, membolehkan paras gula dalam darah meningkat dengan mendadak. Bagi yang ada diabetes atau prediabetes, ini bukan sekadar “sedikit tak sihat” tapi sangat berisiko.
Chocolate leleh pula menggunakan formula yang hampir sama ,visual yang cantik, rasa yang kuat, tapi kebanyakannya dibuat daripada coklat kompaun murah yang tinggi lemak sayuran terhidrogenasi. Lemak trans jenis ini dikaitkan dengan risiko penyakit jantung, walaupun dimakan dalam kuantiti kecil secara kerap. Dan soal lemak goreng yang berulang kali dipanaskan, ini pun satu isu yang kerap diabaikan. Minyak yang dipanaskan berulang kali menghasilkan sebatian berbahaya yang boleh meningkatkan risiko keradangan dan penyakit kronik jangka panjang.
Berbalik kepada trend minuman viral pula, ada trend yang lebih positif di sini. Ramai anak muda kini mula “aesthetic-kan” tabiat minum air mereka, dari mason jar berisi lemon dan timun, hingga air mineral khas. Secara saintifiknya, ini sebenarnya baik, selagi kandungan gula tidak ditambah. Namun pakar mengingatkan bahawa minum air terlalu banyak dalam masa singkat pula boleh menyebabkan water toxicity yang mengganggu keseimbangan garam dalam badan, dan menyebabkan rasa mual, pening serta dalam kes serius, menjejaskan fungsi otak.
Sebenarnya bukan semua yang viral itu bahaya, dan bukan semua yang nampak “sihat” itu benar-benar sihat. Yang paling penting ialah kita makan dengan bersederhana, tahu apa yang masuk ke dalam badan, bukan semata-mata ikut apa yang trending di FYP. Jom mulakan gaya hidup sihat sekarang, jangan tunggu esok!

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.