Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

Permainan Budak-Budak 80-an: Nostalgia Zaman Tanpa WiFi

Zaman mungkin berubah, tapi kenangan itu kekal segar dalam ingatan kita yang membesar di era kaset, TV tanpa streaming dan dunia tanpa notifikasi.

Kalau anda lahir sekitar tahun 1980-an di Malaysia, besar kemungkinan zaman kanak-kanak anda dipenuhi dengan peluh, debu tanah, lutut berdarah sikit, dan suara mak menjerit suruh balik sebelum maghrib. Zaman tu, hiburan tak perlukan gadget macam budak-budak sekarang, internet pun tak perlu, cukup sekadar kawan sekampung dan laman luas di halaman rumah. Jom imbau sikit zaman yang paling win ni,

Galah Panjang

Galah panjang adalah antara permainan paling popular. Dilukis atas tanah menggunakan kapur atau kayu, permainan ini menguji kepantasan, strategi dan kerjasama. Ketawa, jerit, marah sekejap, nangis, lepas itu sambung main itulah resamnya.

Batu Seremban

Permainan klasik yang biasanya sinonim dengan budak perempuan, tapi sebenarnya semua boleh main. Guna lima biji batu kecil atau guni kain berisi pasir, batu seremban melatih fokus dan koordinasi tangan. Cuma budak perempuan main sambil gelak-ketawa dan tak terdedah dengan tarian tiktok yang tak berfaedah, tak gitu?

Gasing

Di kampung-kampung, terutama musim menuai, gasing jadi kebanggaan budak lelaki. Ada yang berat, ada yang laju, siap bertanding siapa paling lama berpusing. Kadang-kadang ayah atau atuk pun turun padang ajar cara baling betul. Nostalgia betul!

Konda Kondi

Guna dua batang kayu, satu panjang dan satu pendek. Permainan ini perlukan kemahiran dan keberanian,silap gaya, kayu boleh kena kepala. Tapi itulah yang buat ia mencabar dan menyeronokkan. Budak-budak dulu jarang yang ada hati tisu.

Lompat Getah

Getah sayur yang warna oren tu disambung panjang-panjang, kemudian lompat ikut tahap: buku lali, lutut, pinggang, sampai ke paras bahu. Siapa yang lahir 80an pasti ingat betapa susah nak lepasi tahap “tiang”. Yang lepas tu, power betul!

Polis dan Pencuri

Budak 80an memang suka main ni, tak kiralah siang ke malam ke.Seluruh kawasan perumahan jadi medan polis dan pencuri. Balik rumah dengan baju kotor memang biasa, yang penting puas. Geng 80an, korang ingat lagi tak lagu dia?

Bila diingat balik, permainan budak-budak 80-an bukan sekadar hiburan, tapi satu pengalaman kita membesar sambil membentuk persahabatan, keberanian dan kreativiti. Rasa rindu dia, memang tak dapat nak diganti.Zaman mungkin berubah, tapi kenangan itu kekal segar dalam ingatan kita yang membesar di era kaset, TV tanpa streaming dan dunia tanpa notifikasi.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.