Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Realiti Radio Hari ini, Suara Awam Pun Boleh jadi DJ?

Dulu latihan sebutan, vokal, pernafasan, dan teknik bercakap menggunakan mikrofon sangat ditekankan bagi mengekalkan kualiti penyampai

Kenapa Radio Zaman Sekarang Macam Dah Kurang Suara Sedap?

Dulu bila dengar radio, suara penyampai mesti sedap didengar, intonasi elok, lancar, sebutan jelas dan ada aura tersendiri. Sekarang, rata-rata suara biasa-biasa, macam kawan pejabat borak. Ada yang sampai kata, “Eh, suara awam pun boleh lepas.” Agak-agaknya kenapa sampai begini jadinya ya?

Radio sekarang kejar personaliti, bukan semata-mata suara
Industri radio banyak berubah. Yang dicari bukan hanya suara merdu, tapi pencerita yang boleh buat orang rasa rapat, kelakar, dan relate. Kadang-kadang suara tak sesedap mana, tapi ada kekuatan personaliti, idea spontan, dan cara berinteraksi itu yang tarik pendengar.

Trend autentik – suara yang sebenar lebih dipercayai
Zaman media sosial dan podcast, orang makin suka yang nampak real. Suara bila dikatakan terlalu polished kadang-kadang dianggap formal, jauh, atau berlakon (dibuat-buat). Jadi stesen-stesen radio mula ikut citarasa semasa… biar natural, biar santai, biar macam berbual.

Faktor bajet dan latihan yang makin kurang
Dulu..latihan sebutan, vokal, pernafasan, dan teknik bercakap menggunakan mikrofon sangat ditekankan. Sekarang, bila tekanan kos meningkat, ada tempat yang kurangkan latihan intensif atau ambil bakat yang boleh multitasking: buat content, live, video, interview, uruskan media sosial. Bila fokus bercabang-cabang maka kualiti suara dan penyampaian pun kadang-kadang tak sempat diasah.

Penyampai bukan lagi berkerja menggunakan suara sahaja – kena jadi content creator
Radio hari ini bukan hanya soal on-air. Penyampai kena buat video studio, rakam reels, buat challenge, edit klip, naikkan engagement. Akhirnya, kriteria bakal penyampai pun berubah. Apa yang penting adalah boleh tarik perhatian di banyak platform, bukan sekadar sedap didengar di udara.

Format rancangan makin laju, banyak celoteh & interaksi
Bila rancangan lebih rojak dengan gelak tawa, prank call, voice note pendengar, dan topik semasa, suara yang terlalu formal kadang-kadang tak ‘masuk’. Sebab tu ada stesen pilih gaya kasual asalkan energy sampai.

Tapi ini bukan bermakna ‘suara sedap’ dah tak penting. Cuma standard dah berubah dari suara emas kepada suara yang buat orang rasa dekat. Mungkin cabaran sebenar radio hari ini adalah mencari titik tengah – natural, tapi tetap sedap didengar dan santai tapi tetap profesional.

Bagaimana agaknya evolusi radio selepas ini bila sekarang pun dah mula ada penyampai AI? Macam scary je…

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.