Dengar playlist penuh di sini
.
Kalau diberi peluang sekali lagi, adakah anda akan pilih orang yang sama untuk jadi suami anda?
Berat nak jawat kan, sebab nak jawab dengan jujur, kena scan dulu macam-macam perasaan yang selama ni mungkin anda simpan sorang-sorang, macam rasa penat yang tak pernah habis, rasa kesunyian walaupun ada orang tidur sebelah, atau rindu pada versi diri sendiri sebelum jadi “isteri kepada si dia” dan “mak kepada anak-anak dia”.
Ramai perempuan tak berani jawab soalan ni. Bukan sebab takut jawapannya “ya, aku nak tukar,” tapi sebab takut jawapannya terlalu jujur sampai buat hati sendiri tak tenang. Sebab budaya kita ajar perempuan untuk bersabar, untuk redha, untuk fikirkan anak-anak dulu sebelum fikir pasal diri sendiri punya kebahagiaan.
Jadi bila ditanya “pernah tak menyesal sebab kahwin?” biasanya jawapan automatik adalah “tak ada lah, biasalah tu, semua orang gaduh.” Tapi kalau orang tanya betul-betul, dalam diam, mungkin ada momen-momen tertentu yang buat anda terfikir, “kalaulah aku tak kahwin dulu” atau “kalaulah aku kahwin dengan orang lain.”
Pernah tak dengar ungkapan, it is ok to be not okay? Menyesal sekejap bukan bermakna anda tak cintakan suami anda. Kadang-kadang rasa ni datang waktu anda rasa penat sangat, lepas urus anak demam sorang-sorang sebab suami kerja shift malam. Kadang ia datang bila tengok kawan-kawan yang masih single boleh travel sesuka hati, manakala korang kena rancang cuti sekeluarga sebulan awal. Kadang-kadang pula ia datang waktu gaduh kecil yang sebenarnya bukan pasal benda kecil tu, tapi pasal rasa tak didengar, tak dihargai, selama bertahun-tahun.
Tapi ada juga perempuan yang, walaupun penat, walaupun ada hari-hari nak give up, bila ditanya soalan yang sama, jawapan dia tetap “ya, aku akan pilih dia lagi.” Bukan sebab perkahwinan dia sempurna, tapi sebab dia faham, cinta yang matang bukan tentang takde masalah, tapi tentang pilih untuk stay walaupun ada masalah.
Tak ada jawapan yang betul atau salah untuk soalan ni. Setiap perempuan ada cerita sendiri, beban sendiri, dan sebab sendiri kenapa dia masih di sini hari ini ,sama ada dengan rasa redha, rasa terpaksa, atau rasa bersyukur.
Kalau anda baca artikel ni dan rasa ia tepat dengan anda, luangkan masa sekejap. Tanya diri sendiri dan tak perlu cakap pada sesiapa pun jawapannya. Tapi paling penting, jangan rasa bersalah kalau jawapan anda bukan yang “sepatutnya. Anda berhak rasa semua tu tanpa perlu jelaskan pada sesiapa.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.