Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Ramai Kena Penangan “Terikat Janji”, Semua Sebab Arya Saloka

Arya bukan wajah baharu dalam dunia sinetron Indonesia. Dia sudah mempunyai kelompok peminat yang besar, terutama selepas kejayaan Ikatan Cinta.

Kalau sejak kebelakangan ini tiba-tiba nampak mak-mak kita sibuk bercakap tentang satu sinetron Indonesia bernama Terikat Janji, jangan pelik. Ya, demam Arya Saloka pon dah sampai di Malaysia!

Ada yang asalnya tengok beberapa minit di TikTok, kemudian sambung episod demi episod. Bila sudah tahu jalan cerita, mula cari lagi klip, tengok komen, cari nama pelakon dan akhirnya sekarang drama itu boleh ditonton di Netflix.

Pendek kata, sudah terkena.

Tetapi apa sebenarnya yang membuatkan Terikat Janji begitu mudah menarik perhatian penonton?

Salah satu jawapannya mungkin kerana watak utama lelaki yang dilakonkan Arya Saloka.

Arya bukan wajah baharu dalam dunia sinetron Indonesia. Dia sudah mempunyai kelompok peminat yang besar, terutama selepas kejayaan Ikatan Cinta. Jadi apabila dia muncul dalam Terikat Janji dengan karakter yang berbeza, peminat lama memang mudah tertarik untuk ikut menonton.

Dan inilah menariknya dunia sinetron.

Kadang-kadang bukan jalan cerita sahaja yang membuatkan penonton terus melekat. Watak, wajah pelakon, chemistry antara pasangan utama dan emosi yang dimainkan boleh menjadi sebab seseorang sanggup menonton sampai berpuluh-puluh episod.

Mak-mak pula memang ada satu bakat istimewa.

Mula-mula tengok sebab nak tahu cerita.

Lepas itu mula kenal semua watak.

Kemudian mula pilih pihak.

“Yang ni kesian.”

“Yang tu memang geram.”

“Kenapa dia buat macam tu?”

Akhirnya anak balik rumah pun mak masih tengah tengok drama.

Dan fenomena Terikat Janji ini juga menunjukkan bagaimana TikTok mengubah cara drama Indonesia sampai kepada penonton Malaysia. Dulu nak tengok sinetron kena tunggu televisyen. Sekarang satu babak boleh muncul di FYP, membuatkan orang yang langsung tak kenal drama itu tiba-tiba tertanya-tanya, “Cerita apa ni?”

Lepas itu Netflix pula menjadi tempat untuk sambung menonton dengan lebih mudah.

Dalam masa yang sama, nama Arya Saloka sendiri semakin mendapat perhatian. Pada Indonesian Television Awards 2026, dia memenangi kategori Aktor Terpopuler, manakala Terikat Janji turut membawa pulang anugerah berkaitan populariti program dan gandingan pelakon. Dia juga memenangi Viewers’ Choice Favourite Actor di ContentAsia Awards 2026 menerusi Algojo.

Jadi kalau orang bertanya kenapa nama Arya Saloka kembali hangat?

Jawapannya bukan sekadar kerana dia handsome.

Dia sedang berada dalam satu fasa kerjaya yang kembali mendapat sambutan penonton.

Dan kalau mak-mak Malaysia sudah mula terkena “penangan Terikat Janji”, jangan terkejut kalau selepas ini nama Arya Saloka pula yang memenuhi FYP mereka.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.