Dengar playlist penuh di sini
.
Piala Dunia 2026 baru bermula, dan antara wajah yang paling banyak di-screenshot dan disave ke galeri telefon para wanita bukan lagi Ronaldo, bukan Mbappe tapi seorang winger muda New Zealand yang duduk dengan selamba di bangku pemain simpanan Motherwell FC, iaitu Elijah Just.

Untuk para wanita, tak perlu rasa guilty tau bila tiba-tiba minat tengok Piala Dunia semata-mata nak tengok kemunculan jejaka kacak ni, dan para lelaki, dengarlah dulu alasannya. Sains ada fakta menarik tentang tabiat tengok lelaki kacak.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Evolutionary Psychology, melihat wajah lelaki kacak boleh meningkatkan daya ingatan dan memotivasikan diri sendiri. Peserta kajian yang melihat foto lelaki tampan didapati lebih aktif bahagian otak yang berkaitan ingatan berbanding mereka yang tidak. Kajian lain dari East Carolina University pula mendapati peserta yang melihat wajah kacak lebih banyak mengingati butiran cerita yang diberikan kepada mereka, dengan kemampuan perhatian dan fungsi otak yang lebih tinggi. Sebab tu para wanita ada istilah cuci mata betul tak?
Tapi sebelum tu, siapa Elijah Just sebenarnya? Lelaki kelahiran 1 Mei 2000 dari Palmerston North, New Zealand ini bermain sebagai winger untuk Motherwell FC di Scottish Premiership, dengan memakai jersi nombor 21. Musim 2025-26 adalah musim paling produktif kerjayanya , dia berjaya mencapai 7 gol dalam 35 penampilan liga, dan 4 gol dalam satu penampilan kelayakan Piala Dunia untuk New Zealand.
Dan sekarang? Dia berada di pentas paling besar di dunia. Dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 menentang Iran , Elijah Just menjaringkan gol pertama New Zealand dalam minit ke-7 menerusi tendangan yang menakjubkan di dalam kotak penalti , sekaligus menendang terus masuk gol hati wanita seluruh dunia. Itulah gol pertama New Zealand di Piala Dunia 2026.
Ini bukan kali pertama, malah Elijah Just turut menjaringkan gol ketiga dalam perlawanan kelayakan menentang New Caledonia yang memastikan New Zealand layak ke Piala Dunia 2026 buat kali ketiga dalam sejarah mereka. Sebelum Piala Dunia bermula, dia juga menjaringkan gol dalam kemenangan bersejarah New Zealand 4-1 menentang Chile kemenangan pertama mereka menentang pasukan Amerika Selatan.
Jadi kalau ada orang tegur anda tengok highlight New Zealand berjam-jam malam ni , anda boleh jawab dengan yakin, “Ini untuk kesihatan otak lah” Sains dah backup, so selamat menonton Elijah Just ! Eh selamat menonton Piala Dunia.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.