Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

Kopi Dalgona Yang Buat Kita Semua Jadi Chef Sekejap

Tiga bahan, satu sudu dan berjam-jam mengacau. Itulah formula yang membuatkan semua orang sibuk di dapur masa Perintah Kawalan Pergerakan dulu.

Awal tahun 2020, lebih kurang minggu kedua atau ketiga PKP, mesti ada satu video yang muncul berulang-ulang kali semasa kita melayan media sosial. Tangan seseorang mengacau campuran berwarna coklat dalam mangkuk, sampai jadi kental dan berbuih, kemudian dituang di atas susu sejuk dalam gelas yang lutsinar. Itulah kopi dalgona.

Bahan Mudah, Tapi Tangan Yang Penat

Resipinya sangat ringkas iaitu Nescafe, gula dan air panas dengan kuantiti yang sama untuk setiap bahan. Tapi proses mengacaunya itu yang jadi cabaran sebenar. Sesetengah orang kena kacau sampai 10 minit, ada yang sampai 20 minit, sebelum campuran tu bertukar jadi kental dan berbuih seperti krim.

Bagi yang tak ada mixer atau pengadun elektrik di rumah, ini jadi latihan tangan yang sebenar. Ada yang bergilir-gilir dengan ahli keluarga untuk mengacau dan ada juga yang sanggup kacau sambil tonton drama supaya rasa masa berlalu lebih cepat.

Setiap Rumah Cuba Buat Versi Sendiri

Sebab semua orang duduk rumah dan banyak masa terluang, ramai yang mula cuba resipi tu sendiri, kemudian ambil gambar atau video hasil air tangan untuk dikongsi. Ada yang berjaya buat buih yang cantik dan kental, ada juga yang gagal sampai campurannya cair semula sebelum sempat diletakkan di atas susu.

Group keluarga dalam WhatsApp pun jadi tempat untuk kongsi hasil masing-masing. Ada yang bangga tunjuk hasil kopi dalgona yang kelihatan macam dalam video, ada pula yang gelak sendiri sebab hasil dia lagi mirip air kopi biasa yang berbuih sikit di atas.

Mengingati Pengalaman Membuat Dalgona Coffee

Sekarang, bila tiba-tiba teringat atau terlihat semula video kopi dalgona dalam media sosial, terus teringat balik suasana rumah masa PKP tu. Dapur yang lebih kerap digunakan daripada biasa, tangan yang penat mengacau dan perasaan seronok yang datang dari benda yang sekecil secawan kopi.

Kopi dalgona bukan sekadar minuman yang pernah viral. Ia adalah penanda kepada satu tempoh yang susah tapi entah kenapa ada juga kenangan manis yang tercipta dalam tempoh PKP itu menjadi salah satunya datang dari secawan kopi yang dibuat sampai tangan rasa nak tercabut.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.