Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

“Saya Putar, Halim!” Rindu Betullah Dengan Roda Impian

Dulu, satu keluarga boleh melekat depan TV hanya untuk tengok roda berpusing dan teka huruf, sebelum bersorak bila jawapan berjaya ditemui.

“Saya putar, Halim!”

“Wang Besar! Wang Besar!”

Dulu, itulah antara ayat yang cukup sinonim dengan rancangan permainan popular ini. Peserta berdiri di hadapan roda, menunggu giliran dan dengan penuh yakin akan berkata, “Saya putar, Halim!”

Kemudian roda pun diputar.

Kita yang duduk depan TV pula ikut sama menahan nafas.

Roda berpusing…

Berpusing…

Dan akhirnya berhenti pada satu jumlah.

Kalau dapat jumlah yang besar, kita pun tumpang seronok. Kalau kena petak yang mengecewakan, boleh rasa geram sama macam peserta. Padahal kita duduk rumah saja, bukan duit kita pun.

Tetapi itulah magis Roda Impian.

Konsepnya mungkin nampak mudah. Putar roda, pilih huruf dan cuba selesaikan perkataan atau frasa yang tersembunyi. Namun setiap pusingan ada debarannya.

Dan apabila peserta akhirnya berjaya menyelesaikan teka-teki itu…

“Itu yang kita cari!”

Aduhhh… siapa yang boleh lupa suara Halim Othman menyebut ayat itu?

Entah kenapa, ayat yang ringkas itu boleh terus membawa kita balik ke satu zaman. Zaman bila kita duduk depan TV dan ikut sama-sama cuba mencari jawapan.

Kadang-kadang belum peserta pilih huruf pun, kita dekat rumah dah sibuk bagi cadangan.

“Ambil A!”

“Cuba S!”

“Eh, mesti perkataan tu!”

Bila peserta pilih huruf lain, kita pula yang geram.

“Dah kata ambil A tadi!”

Macam kita ada saham dalam hadiah yang bakal dimenangi.

Dan kalau teka-teki akhirnya berjaya diselesaikan, puasnya bukan main.

Bukan peserta saja yang rasa menang.

Kita yang duduk depan TV pun macam baru lepas menang Roda Impian.

Mungkin sebab itu nama Roda Impian masih begitu kuat dalam ingatan ramai yang membesar pada zaman tersebut.

Bukan semata-mata kerana permainannya.

Tetapi kerana Halim Othman juga menjadi sebahagian daripada kenangan itu.

Wajah berkumis yang tak lokek dengan senyuman, suara, gaya pengacaraan, cara beliau berinteraksi dengan peserta dan tentunya aura Halim Othman itu sendiri.

Zaman bila hiburan tak perlu dicari dalam seribu aplikasi.

Kita cuma tunggu rancangan bermula.

Hari ini, bila nama Roda Impian disebut, mungkin kita tak ingat pun semua soalan atau siapa yang pernah menang.

Tapi kita masih ingat Halim Othman.

Masih ingat roda yang berpusing.

Masih ingat papan huruf.

Dan paling penting, masih boleh terngiang suara peserta…

“Saya putar, Halim!”

“Wang Besar! Wang Besar!”

Kemudian, apabila jawapan akhirnya berjaya ditemui, suara Halim pula menyusul…

“Itu yang kita cari!”

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.