Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Zebra Crossing: Tak Faham, Tak Cakna Atau Tak Boleh ‘Brain’?

Kita selalu salahkan jalan, salahkan sistem, salahkan orang lain tapi jarang tanya diri sendiri. Aku ni pengguna jalan raya beradab ke tak?

Sejak kebelakangan ini, makin kerap kita dengar kes kemalangan di zebra crossing. Tempat yang sepatutnya paling selamat untuk pejalan kaki… tapi bertukar jadi lokasi tragedi.

Jadi persoalannya, rakyat Malaysia ni dah kenapa sebenarnya?

Tak faham fungsi zebra crossing?
Tak ambil cakna?
Atau memang dah tahu… tapi buat tak tahu?

Atau maaf cakap kalau otak dah tepu sampai benda asas pun tak boleh hadam?

Mari kita henyak sikit otak dengan benda yang sepatutnya semua orang dah tahu.

Zebra Crossing Bukan Hiasan Jalan

Zebra crossing bukan sekadar garisan putih-hitam atas jalan. Ia adalah laluan khas untuk pejalan kaki melintas dengan selamat.

Dan ya bila ada orang melintas di situ, pemandu WAJIB berhenti.

Bukan perlahan.
Bukan tengok dulu.
Bukan ikut mood.

Tapi berhenti.

Ini bukan pilihan. Ini tanggungjawab.

Putih vs Kuning : Ramai Nampak Tapi Tak Faham

Ramai ingat semua zebra crossing sama. Hakikatnya, warna pun ada maksudnya.

Zebra Crossing Putih
Kalau anda nampak lintasan berwarna putih, ini maksudnya jelas, pemandu WAJIB berhenti bila ada pejalan kaki yang hendak melintas.

Tak kisahlah anda bawa apa pun… bila orang dah ada di situ, anda kena beri laluan.

Nampak orang = berhenti.

Zebra Crossing Kuning

Yang ini ramai salah faham

Untuk lintasan kuning, siapa sampai dulu di garisan itu, dia ada keutamaan.

  • Pejalan kaki sampai dulu → pemandu kena berhenti
  • Pemandu sampai dulu → pejalan kaki kena tunggu

Kalau ada lampu isyarat, ikut sahaja arahan lampu.

Ringkasnya:
Putih = nampak orang, berhenti
Kuning = siapa sampai dulu, dia jalan dulu

Masalah Sebenar: Sikap

Masalahnya bukan pada jalan.
Masalahnya pada sikap kita sendiri.

Pemandu:

  • Nampak orang nak lintas tapi tekan minyak
  • Tak boleh sabar 3 saat

Pejalan kaki:

  • Lintas sambil tengok phone
  • Anggap semua kereta akan berhenti

Dua-dua rasa diri betul.
Dua-dua tak nak mengalah.

Dan bila dua-dua ego…
kemalangan jadi jawapan.

Hakikat Yang Ramai Tak Nak Terima

Zebra crossing bukan magic line yang boleh selamatkan nyawa kalau kita sendiri tak guna akal.

Pemandu kena ingat jalan raya bukan milik kau seorang

Pejalan kaki kena sedar hak ada tapi nyawa tetap tanggung sendiri

Tepuk Dada Tanya Selera

Kita selalu salahkan jalan.
Salahkan sistem.
Salahkan orang lain.

Tapi jarang kita tanya diri sendiri, aku ni pengguna jalan raya yang beradab ke tidak?

Zebra crossing tak pernah salah. Yang salah… cara kita guna.

Jadi lepas ini, bila nampak garisan putih atau kuning di jalan, jangan buat tak tahu.

Sebab kadang-kadang antara hidup dan mati, bukan jarak yang memisahkan.

Tapi satu keputusan kecil sama ada nak berhenti… atau tekan minyak.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.