Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

Tersengih-sengih Bila Teringat Cara Mengorat Zaman Dulu-Dulu

Nak telefon perlu tunggu masa sesuai. Takut mak ayah crush yang angkat. Dia punya debar tu, nak luruh jantung.

Zaman sekarang, nak tackle awek tak ambik masa lama. Kenal pagi, petang dah boleh berbalas mesej, malam eh dah i suka you. Semua pantas, ringkas, dan mudah. Tapi dulu, proses mengenal dan menyatakan perasaan bukan sesuatu yang boleh dibuat tergesa-gesa. Setiap langkah ada debar, ada rasa takut, dan ada harapan kecil yang disimpan diam-diam.

Mengorat zaman dulu bukan soal siapa paling puitis, tetapi soal keberanian dan kesabaran. Tanpa teknologi canggih, perasaan disampaikan dengan cara paling sederhana, namun penuh makna. Cuba tengok ada yang pernah buat macam ni tak,

1. Curi-curi Pandang
Belum kenal pun lagi, mata dah bekerja. Sekali bertentang, terus tunduk. Jantung berdegup laju walaupun tiada sepatah kata diluahkan.

2. Guna Orang Tengah
Kawan selalu jadi mangsa. Soalan ringkas seperti “dia nak tahu kau single ke tak” dah cukup membuat fikiran melayang sepanjang hari.

3. Surat Cinta Tulisan Tangan
Ditulis penuh perasaan, dilipat kecil-kecil dan disembunyikan rapi. Menunggu balasan terasa lebih lama daripada menunggu keputusan peperiksaan.

4. Telefon Rumah Jadi Medium Paling Mendebarkan
Nak telefon perlu tunggu masa sesuai. Bila suara disambut, ayat jadi pendek dan sopan, takut mak ayah yang angkat. Dia punya debar tu, nak luruh jantung.

5. Jumpa Depan Pagar Rumah
Dating bukan tentang tempat mewah. Berbual di depan pagar rumah pun sudah terasa istimewa, apatah lagi bila ada adik atau sepupu sebagai pemerhati senyap.

6. Ayat Simple Tapi Ikhlas
Tiada ayat bombastik. “Saya suka awak” sudah cukup besar maknanya. Ringkas, tetapi datang dari hati.

7. Sabar Itu Wajib
Tiada balasan segera sebab mana ada whatsap dulu-dulu. Menunggu adalah perkara biasa. Dan bila diterima, perasaan itu terasa benar-benar berbaloi.

Cara mengorat zaman dulu mengajar kita tentang nilai kesabaran dan keikhlasan. Prosesnya memang perlahan tapi membuat setiap detik terasa lebih bermakna. Dan buatkan kita lebih menghargai pasangan, yelahhhh punyalah susah nak ngorat dulu. Dan untuk cinta tak kesampaian tu, mungkin sebab itu kenangan lama sukar dilupakan, hmm ada ke yang teringat cinta hati dulu-dulu lepas baca ni?

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.