Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Habit Tayang Duit, Sebab Kaya Ke… Sebab Jarang Ada?

Bila nampak duit berkepuk, automatik jadi satu momen besar untuk mereka, perlu dirakam, perlu dipamer, perlu diraikan.

Scroll media sosial hari ini, mesti ada yang tayang duit berkepuk-kepuk. Ada yang susun atas meja, ada yang siap buat bentuk kipas , dan ada yang tayang dompet extra tebal sebab duit tebal. Soalnya, kenapa perlu ditayang? Dan betulke orang yang betul-betul ada selalunya tak buat semua ni?

Fenomena tayang duit bukan sekadar soal siapa ada duit dan tak ada duit, Ia lebih kepada psikologi diri. Dalam dunia digital, duit simbol status. Bila seseorang tayang duit, sebenarnya dia sedang minta pengiktirafan,“Aku berjaya, aku ado-ado, aku bukan biashe-biashe, aku ada kau hado?”

Masalahnya, orang yang benar-benar stabil selalunya tak ada keperluan itu. Mereka tak rasa perlu yakinkan orang lain yang mereka ada duit. Mereka tahu apa yang mereka ada, cukup untuk diri sendiri. Tak perlu validasi.

Sebaliknya, orang yang rajin tayang selalunya berada dalam fasa “sekali-sekala rasa ada”. Bukan semestinya miskin, tapi belum stabil. Hari ni ada, esok belum tentu. Jadi bila nampak duit berkepuk, automatik jadi satu momen besar untuk mereka, perlu dirakam, perlu dipamer, perlu diraikan. Bukan kerana nak show off semata-mata, tapi kerana tak biasa ada.

Ada juga yang tayang duit sebagai mekanisme pertahanan hidup. Dalam hidup sebenar, mungkin dia tak dihormati, tak didengari, tak dipandang. Jadi media sosial jadi pentas tayangan mereka. Duit dan gambar jadi bukti bahawa “aku pun berjaya, walaupun kau tak nampak.”

Ironinya, orang yang betul-betul stabil faham satu benda, lagi senyap, lagi selamat. Mereka lebih risau risiko keselamatan, scam, cemburu, doa orang yang tak baik. Sebab itu mereka pilih untuk low-profile. Bukan sebab kedekut, tapi sebab matang.

Yang suka tayang pula selalunya lupa satu hakikat, duit yang ditunjuk terlalu kerap akan hilang makna. Hari ni orang kagum, esok orang muak, lusa orang mula pertikai. Dari “wah hebat” bertukar jadi “tak pernah nampak duit ke?”.

Kita kena faham, nak gain respect orang kepada kita buka melalui apa yang orang nampak, tapi apa yang kita tak perlu buktikan. Orang yang benar-benar ada tak sibuk yakinkan dunia. Mereka sibuk jaga kehidupan mereka sendiri.

Lebih membimbangkan, budaya tayang duit ini perlahan-lahan membentuk definisi kejayaan yang salah dalam masyarakat. Seolah-olah nilai manusia hanya diukur melalui apa yang boleh dipamer di skrin. Anak muda mula percaya bahawa berjaya itu mesti kelihatan mewah, mesti viral, mesti ada bukti visual. Sedangkan realitinya, ramai yang benar-benar selesa hidupnya tidak pun sibuk membuktikan apa-apa. Mereka faham beza antara ada dan nampak ada. Satu membina hidup, satu lagi hanya membina persepsi.

Dalam jangka panjang, tabiat menunjuk ini juga memakan diri. Tekanan untuk sentiasa kelihatan “lebih kaya dari semalam” membuatkan seseorang terperangkap dalam kitaran perbandingan yang tak berkesudahan. Hari ini tayang duit, esok kena tayang kereta, lusa kena tayang gaya hidup. Bila realiti tak mampu ikut rentak imej, yang tinggal hanyalah penat, cemas dan keperluan untuk terus berlakon. Duit yang sepatutnya memberi rasa aman akhirnya jadi sumber keresahan.

Sebab itu, orang yang benar-benar faham nilai rezeki akan memilih diam. Mereka tahu, rezeki bukan untuk dipertandingkan, bukan untuk dipamer, dan bukan untuk dijadikan alat menutup kekosongan diri. Kaya yang sebenar ialah bila kita boleh hidup tenang tanpa perlu yakinkan sesiapa. Bila kita tak rasa rugi walaupun tak ada siapa tahu apa yang kita ada.

Dan sebenarnya yang paling penting, jaga hati orang yang betul-betul susah nak dapat duit.

Video gif. A man holds a ridiculous amount of thick stacks of cash in his arms, trying to hold them all up to his ears like he’s talking on the phone. On one side of his head, the money stack goes from his shoulder all the way to the top of his head. On the other side he holds two stacks to his other ear. He paces around and pretends to talk into them.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.